Rabu, 20 Disember 2017

MODEL PENTERNAK BRIDLOT




PENERIMA ANUGERAH MODEL BRIDLOT 

HAJI MOHAMMAD BIN DOLLAH  



Tuan Haji Mohammad bin Dollah 65 tahun, dari kampung Beris Pancur Bachok telah menguasahakan pemeliharaan lembu kacukan sejak tahun 1985.Beliau adalah penternak yang terawal memelihara lembu kacukan dan membiak lembunya dengan kaedah permanian beradas.

Tn.Haji Mohammad  menerima anugerah Model Penternak Bridlot dari
YB Tuan Hj Aziz bin Ab.Kadir  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
 Pertanian Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri
Kelantan sempena  Majlis Promosi NAIMbif  HPPNK 2017
Baka lembu yang diminati adalah Charolais, limosin dan Belgian Blue. Pada masa ini beliau mempunyai 16 ekor lembu terdiri dari baka yang berkualiti yang mampu mencecah nilai RM15,000.00 seekor 

Ladang lembu beliau adalah diantara destinasi yang sangat diminati oleh pelawat tempatan dan luar Kelantan.

Hasil  jualan lembu merupakan pendapatan utama beliau,  menyara keluarga dan menunaikan haji pada tahun 2009.Dalam tempoh 42 tahun beliau telah banyak menerima anugerah peringkat negeri dan kebangsaan dalam kategori lembu jantan unggul.

Pemilihan Tuan Haji Mohamad untuk menerima anugerah model penternakan lembu bridlot pada hari nini adalah untuk memberi contoh bagaimana usaha yang bermula secara kecilan tetapi dilakukan secara istiqamah akhirnya akan membuahkan kejayaan.





PENERIMA ANUGERAH MODEL BRIDLOT (BELIA)

EN.MOHD AMIN BIN MOHD SALLEH

En.Mohd Amin bin Mohd Salleh 33 tahun, dari Kampung Aman,Kandis,Bachok telah menguasahakan pemeliharaan lembu kacukan secara bridlot sejak tahun 2011. Beliau memulakan projek dengan mengambil alih bidang usaha dari bapanya.Projek menternak lembu ini diusahakan secara sepenuh masa dengan stok ternakan semasa sebanyak 28 ekor bernilai sebanyak RM156,000.

Saudara Mohd Amin menerima anugerah Model Penternak Bridlot dari
YB Tuan Hj Aziz bin Ab.Kadir  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
 Pertanian Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri
Kelantan sempena  Majlis Promosi NAIMbif  HPPNK 2017
Baka lembu yang dipelihara terdiri dari Kacukan Charolais, Limousine,Belgian Blue dan blonde D’ Aquitaine. Ladang ternakan beliau menjadi tumpuan pelawat tempatan dan luar Kelantan.


Beliau merupakan contoh model penternak lembu secara bridlot yang meakili generasi belia yang bakal mewarisi dan meneruskan kecemerlangan bidangusaha penternakan lembu kacukan dimasa hadapan.






PENERIMA ANUGERAH MODEL BRIDLOT (WANITA)

PUAN ASMAHWANI BINTI MOHAMAD


Puan Asmahwani binti Mohamad, dari Kampung Bendang Luas,Tumpat telah mengusahakan pemeliharaan lembu kacukan secara bridlot sejak tahun 2013. Bermodalkan RM4,700.00 beliau memulakan projek dengan memelihara 2 ekor lembu kacukan.Projek menternak lembu ini diusahakan secara sampingan dengan aktiviti menjual buah-buahan dan tanaman pertanian lain.
Pn.Asmahwani  menerima anugerah Model Penternak Bridlot dari 
YB Tuan Hj Aziz bin Ab.Kadir  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
 Pertanian Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri
Kelantan sempena  Majlis Promosi NAIMbif  HPPNK 2017 kapsyen

Kini bidang usaha menternak lembu menjadi bidang usaha utama dimana ladangnya mempunyai 40 ekor lembu dengan anggaran nilai diperingkat ladang sebanyak RM350,000.00.

Aktiviti kerja harian diuruskan dengan seorang pekerja tetap dan bantuan keluarga. Puan Asmahwani dipilih bagi mewakili golongan penternak wanita dalam bidang usaha penternakan secara bridlot di Negeri Kelantan.Pemilihan beliau menggambarkan bahawa golongan wanita juga mampu menjalankan bidang penternakan lembu bridlot sebagaimana golongan penternak lelaki.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan