Ahad, 19 November 2017

SEMINAR PENGEMBANGAN VETERINAR NEGERI KELANTAN 2017




Pada 14-15 November 2017 Jabatan telah mengadakan Seminar Pengembangan Veteirnar bertempat di Hotel Emaslink Pacific Kota Bharu.Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berhubung dengan status perkembangan industri ternakan di Negeri Kelantan kepada semua kakitangan jabatan.Seramai 70 orang perserta terdiri pegawai jabatan seluruh Negeri Kelantan menghadiri seminar yang berlangsung selama dua hari .
Dr.Suratan,Pengarah JPVNK merasmikan Konvensyen PPV 2017

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Suratan bin Kamarudin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Sebanyak lapan kertas kerja dibentangkan dalam seminar ini yang disampaikan oleh ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua Unit jabatan.Seramai 70 orang peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan bahagian,unit dan pejabat perkhidmatan veterinar jajahan.


Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas tani, Bioteknologi dan DanTeknologi Hijau Negeri Kelantan.



YB Dato' Che Abdullah bersama pengarah,Pegawia kanan jabatan  dan peserta konversyen PPV 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan