WACANA
PELUANG-PELUANG DALAM SUB-SEKTOR PENTERNAKAN DI NEGERI KELANTAN
MENJELANG TAHUN 2020
Tarikh : 11Januari 2016
Tempat : Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Perasmian : DATO’ HAJI CHE’ ABDULLAH BIN MAT NAWI
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan
Teknologi Hijau
Teknologi Hijau
1.
RINGKASAN
Wacana
Peluang-Peluang Dalam Sub-Sektor Penternakan Di Negeri Kelantan Menjelang Tahun
2020 merupakan satu program yang dianjur bagi menilai kemajuan yang dicapai
dalam industri penternakan di Negeri Kelantan berasaskan dasar serta objektif
yang ditetapkan dalam tempoh 2005 hingga
2015, isu-isu yang dihadapi, serta peluang-peluang yang perlu dimanfaatkan oleh
pemain-pemain dalam industri berkenaan menjelang tahun 2020.
Diantara
bidang yang menjanjikan peluang yang baik untuk direbut ialah pembiakan lembu
pedaging kacukan, pengeluaran lembu dan kambing pedaging, perusahaan
pengeluaran makanan ternakan berasaskan bahan hijau, menjadikan Kelantan
sebagai hab pengeluaran makanan halal, beberapa bidang pengeluaran unggas
secara terpilih, perusahaan tenusu, pemprosesan produk IAT, serta penternakan
rusa sebagai bidangusaha alternatif.
Program
ini telah berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong pada
11Januari 2016 dengan kehadiran peserta seramai lebih 300 orang yang terdiri
dari kakitangan agensi kerajaan, badan berkanun, IPT, pelajar-pelajar serta
pengusaha dan pemain dalam industri penternakan.
2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1. Untuk
mempertemukan pelbagai pihak yang
berminat atau terlibat dalam industri penternakan untuk berinteraksi demi
kepentingan masa depan industri yang mereka ceburi.
2.2. Untuk
menyebarkan maklumat berkaitan dengan status semasa industri ternakan di negeri Kelantan – dengan
menjadikan dasar/matlamat yang digariskan oleh pihak kerajaan sama ada di
peringkat nasional atau negeri sebagai kayu pengukur pencapaiannya.
2.3. Untuk
berkongsi maklumat tentang potensi dalam bidang
sub-sektor ternakan di negeri Kelantan
yang boleh diterokai menjelang tahun 2020.
3. TUJUAN
Untuk
membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan matlamat menjadikan Kelantan
Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 2020.
4. PERJALANAN
PROGRAM
Peserta diberi gambaran tentang perkembangan industri penternakan di negeri Kelantan
melalui pembentangan empat kertas kerja, pameran statik serta promosi produk yang berkaitan
dengan bidang penternakan :
Peserta diberi gambaran tentang perkembangan industri penternakan di negeri Kelantan
melalui pembentangan empat kertas kerja, pameran statik serta promosi produk yang berkaitan
dengan bidang penternakan :
Kertas
1 :
Pembentang
: ABD HALIM BIN MOHAMED
Tajuk
: Pencapaian Sub-Sektor
Ternakan Di Negeri Kelantan
(2005
– 2015) : Isu Dan Cabaran
Tujuan : Untuk menilai pencapaian keseluruhan
pembangunan industri
ternakan berdasarkan
objektif Pelan Strategik Pertanian Negeri
Kelantan yang ditetapkan serta mencadangkan
langkah-langkah
penyesuaian atau penambahbaikan dimana
perlu.
Kertas
2 :
Pembentang
: HJH NORMALA BINTI TUKIBAN
Tajuk
: Peranan Bioteknologi Dalam Pembangunan Industri Pedaging
Di Negeri Kelantan.
Tujuan : Untuk mendorong masyarakat usahawan ternakan/pelabur
agar merebut peluang di atas kekuatan negeri Kelantan sebagai
peneraju dalam
pengeluaran ternakan pedaging yang berkualiti
Kertas 3 :
Pembentang : HJ HASSAN BIN ZAINUDIN
Tajuk : Peluang Dalam Bidang Penternakan Tenusu Di Negeri Kelantan.
Tujuan : Untuk memberi maklumat kepada
masyarakat usahawan ternakan
tentang peluang untuk membangkitkan
semula industri tenusu di negeri
Kelantan melalui pendekatan yang
lebih komprehensif
Kertas 4 :
Pembentang : EN ZAILANI BIN HAJI HUSSIN
Tajuk : Kepentingan Industri Asas Ternakan
Dalam Memacu
Pembangunan Industri Ternakan Di Negeri
Kelantan.
Tujuan : Untuk menerangkan beberapa bidangusaha pemprosesan
bahan
ternakanan atau bukan makanan berasaskan
ternakan yang berpotensi
untuk dibangunkan.
Sesi Penggulungan :
Moderator
: DR HAJI MADZLAN BIN MOHD SALLEH
Tujuan
: Untuk merumuskan fakta-fakta
penting yang berkaitan dengan
pencapaian dalam tempoh RKM-10, isu/masalah, langkah
penyesuaian/penambahbaikan/pembetulan yang
perlu diambil serta
peluang/potensi yang boleh direbut oleh usahawan untuk
dilaksanakan di sepanjang RMK-11
GAMBAR PERISTIWA SEPANJANG SESSI WACANA
Ketibaan: YB DATO’ HAJI CHE’ ABDULLAH BIN MAT NAWI Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau
|
Peserta program sedang
mendaftar untuk menyertai program wacana |
Kiri :Dr.Suratan bin Kamarudin Pengarah DVS Negeri Kelantan menyampaikan ucapan aluan ,kanan:YB Dato’ Haji Che’ Abdullah bin Mat Nawi menyampaikan ucapan Perasmian wacana
|
Gimik Program : Pelancaran
Kempen “Jom Pakat Simpan Induk Yang Berkualiti”
|
YB Exco sedang diberi
penerangan tentang Program Bridlot Lembu Kacukan dan penggunaan alat RFID
|
Pelbagai bahan bacaan
berkaitan dengan bidang penternakan turut diedar kepada peserta wacana.
|
KONVENSYEN PENGEMBANGAN VETERINAR DVS NEGERI KELANTAN 2016
Pada 04/04/16 DVS Kelantan telah menganjurkan Konvensyen Pengembangan Veterinar 2016 di Hotel Crown Garden.Mencabar minda juga kali ini bila terlibat secara langsung sebagai urusetia dan ahli panel pertandingan.Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan nampaknya menggembirakan semua pihak.
Kiri:Menjadi penal juri pertandingan persembahan lisa bersama En.Halim Kanan: Bersama staf PPVKB pemenang poster |
Kiri : Bersama staf PPVJPP pemenang keseluruhan Kanan: Menerima cenderahati sebagai penal juri dari Pengarah JPVNK |
PESTA FLORA DAN ORGANIK LOJING 2015
Pada 19-22 November 2015 Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Flora dan Organik Lojing.PPIT Pasir Puteh diberi penghormatan untuk mempamir dan mempromosi pruduk tenusu dan produk yang berasaskan organik.Diantara produk yang dipamirkan adalah baja organik,cecair Efektif Mikrob(EM) makanan ternakan dan Mudball.Promosi dan jualan produk tenusu seperti yorgut,dadih dan susu berperisa turut diadakan disamping pamiran statik aktiviti Jabatan dalam bidnag organik.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato Hj. Muhammad bin Yaacob Menteri Besar Kelantan.
YAB Menteri Besar Kelantan bersama EXCO Kerajaan Kelantan melawat gerai pamiran DVS |
YB Exco Dato Fadli dan YB Exco Pertanian meminum yogurt yang dipromosikan |
Isteri Wakil rakyat Kelantan turut mengunjungi gerai DVS |
Begambar kenangan bersama ADUN Kelantan. |
LAWATAN YB DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN
KE LADANG TENUSU SUNGAI DURIAN
Pada 27 Mei 2014 Yang Berhormat Dato' Hj.Mohd Fauzi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan lawatan Kerja ke Ladang Tenusu Sungai Durian Pasir Puteh. Lawatan ini juga turut disertai oleh Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Pengawa Daerah Bukit Abal dan disertai Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan Jajahan.
YB Dato' SUK menyaksikan demostrasi Permanian Beradas |
Ketua Jajahan Pasir Puteh,Pengarah Jab.Pertanian dan Dr.Hj.Madzlan(DVS) |
ROAD TO MAHA 2014 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Pada 15-17 Mei Majlis pelancaran `ROAD TO MAHA 2014' peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Padang Awam Selising Pasir Puteh,Kelantan.Majlis perasmian pelancanran disempurnakan oleh YB Dato Seri Tajudin bin Ab.Rahman Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Malaysia. Gerai pmeran DVS telah mempromosikan minum susu segar dan yourgut serta jualan produk tenusu.Sebanyak 100 liter susu segar dan 30 liter yourgut diperuntukan untuk dipromosikan kepada pengunjung sepanjang tempoh program ini.
Latarbelakang pentas ROAD TO MAHA 2014 Peringkat Negeri Kelantan. |
Pengunjung kanak-kanak beratus untuk mendapatkan susu segar promosi |
WABAK AVIAN INFLUENZA DI NEGERI KELANTAN
LATARBELAKANG
Dikesan menerusi aktiviti survelan
JPH Kelantan( High alert).
Pasukan survelan menyiasat 2 ekor
ayam kampung yang dilapurkan mati di
Kampung Pasir Pekan, Tumpat,
Kelantan.
Sampel pooled organ & allantoic
fluid dihantar ke Institut Penyelidikan Haiwan
(IPH), Ipoh, Perak.
17
Ogos 2004: IPH mengesahkan Virus Avian Influenza H5
jenis pathogenik.
Pengesahan virus Avian Influenza
jenis H5 melalui teknik ujian Reverse Transcriptase Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
•
PENUBUHAN JAWATANKUASA KAWALAN HPAI PERINGKAT NEGERI
•Penubuhan
Rapid
Action Team
•Mengaktifkan
aktiviti
survelan
•Mengawal
pintu
masuk
sempadan
•Survelan
pencegahan
penyeludupan
•Pemantauan
burung-burung
hijrah
Langkah segera membendung penularan
•Penubuhan
J/K bertindak dan operasi kawalan penyakit JPHNK
•Penyiasatan
segera untuk mendapatkan maklumat terperinci
•Kawasan
wabak adalah Kawasan Penjangkitan
dan dikuarantinkan
•Pemindahan
ternakan dilarang
•Mengezetkan
undang-undang
•Menggiatkan
survelan
•Pelupusan
unggas dalam Kawasan Penjangkitan
•Mesyuarat
J/K Wabak Negeri – Pengerusi SUK
Jumlah Ternakan dilupuskan 19/08/04 – 07/10/04
Unggas -
17,024 ekor
Telur - 4,367 Biji
Bilangan Pemilik - 841 Orang
Telur - 4,367 Biji
Bilangan Pemilik - 841 Orang
PEWARTAAN WABAK HPAI
PETA KAWASAN WABAK HPAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan