RANCANGAN MALAYSIA KE-10





PENCAPAIAN PENGELUARAN KOMODITI

 2011-2015 (RMK-10)



PENCAPAIAN KOMODITI TERNAKAN








BANCIAN TERNAKAN

Dari segi perangkaan,bancian tahunan dari 2011-2014 populasi lembu dan kerbau Negeri Kelantan menunjukan penurunan dengan kadar purata penurunan sebanyak 6.0 peratus setahun. Pada tahun 2011 populasi lembu/kerbau Negeri Kelantan sebanyak 114,643 ekor menurut kepada 101,656 ekor pada tahun 2014.

Penternakan Lembu secara Integrasi meningkat populasi lembu dengan cepat
Walau bagaimana pun Negeri Kelantan terus mengekalkan tempat ketiga dari segi populasi ternak lembu/ kerbau di Semenanjung Malaysia dengan kadar sumbangan 14-15 peratus kepada populasi keseluruhanya.





Jadual: Perkembangan Populasi Lembu & Kerbau Di Semenanjung Malaysia (2011-2014)











Dari segi perangkaan,bancian tahunan dari 2011-2014 populasi ayam Negeri Kelantan menunjukan penurunan dengan kadar purata penurunan sebanyak 4.0  peratus setahun. Pada tahun 2011 populasi ayam Kelantan sebanyak 1,812,218 ekor menurut kepada 1,595,341 ekor pada tahun 2014. 


Jadual: Perkembangan Populasi Ayam Di Semenanjung  Malaysia
 (2011-2014)




Jadual : Nilai Pengeluaran Komoditi Ternakan (Ex-Farm)  Negeri Kelantan 2011-2015 




Carta garis: Nilai Pengeluaran ex-farm Komoditi Ternakan(RM/juta) 2011-2015









Imbangan Dagangan Ternakan Dan Hasilan Ternakan
Malaysia Dari Tahun 2011 - 2014








LAPORAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN AKTIVITI PERMANIAN BERADAS



Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015) sebanyak 57,652 kes suntikan Permanian Beradas telah dilaksanakan oleh jurusuntik jabatan dan jurusuntik persedirian yang dilantik oleh jabatan. Bilangan suntikan Pemanian Beradas dalam tempoh lima tahun menunjukkan pencapaian yang bergerak dalam jajaran menegak dengan kadar  purata 30.21 % dari 7195 kes pada tahun 2011 kepada 18,064 pada tahun 2015.



Jadual : Prestasi suntikan Permanian Beradas 2011-2015











Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015) sebanyak 24,895 ekor induk telah bunting hasil dari pembiakan secara Permanian Beradas. Prestasi bilangan induk bunting dalam tempoh lima tahun ini bergerak dalam jajaran menegak dengan kadar purata 31.1 % dari 3403 kes pada tahun 2011 kepada 8698 pada tahun 2015.


Peratus kebuntingan induk bergerak dalam jajaran menurun dan menaik dengan kadar perubahan dibawah 23 %.Pencapaian yang tidak stabil ini disebabkan oleh perbezaan kemahiran dikalangan Jurusuntik DIY yang dilantik.


Jadual : Peratus Induk Bunting berbanding dengan bilangan induk disuntik Permanian Beradas



 Carta Turus : Induk Bunting hasil Permanian Beradas 2011-2015





Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015) sebanyak 29,863 ekor anak telah dilahirkan hasil dari pembiakan secara Permanian Beradas. Prestasi bilangan kelahiran anak dalam tempoh lima tahun ini bergerak dalam jajaran menegak dengan kadar purata 44.9 % dari 2652 kes pada tahun 2011 kepada 8604 pada tahun 2015.


Jadual: Bilangan kelahiran hasil Permanian Beradas 2011-2015




Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015) berlaku peningkatan penglibatan  jurusuntik persendirian(DIY) sebanyak 30.0% % dari 20 orang  pada tahun 2011 kepada 26 pada tahun 2015.


Carta Turus : Bilangan Jurusuntik persendirian(DIY) 2011-2015






PENCAPAIAN KAWALAN KESIHATAN TERNAKAN  
2011-2015(RMK-10)


Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015) sebanyak 16,702 contoh darah  telah diambil  untuk dijalankan ujian saringan penyakit Brucelosis dikalangan ternakan lembu di Negeri Kelantan.



Jadual : Jumlah pengambilan contoh darah untuk ujian Brucella Abortus 2011-2015




Carta turus : Jumlah pengambilan contoh darah untuk ujian Brucella Abortus 2011-2015



Tiada ulasan:

Catat Ulasan