PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI KELANTAN DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (1991-1995)
PRESTASI KEWANGAN
1.HASIL
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah berjaya meyumbangkan sebanyak RM 1633,752.61 kepada hasil Kerajaan Negeri.Peningkatan pungutn hasil meningkat dengan kadar 11.57 % setahun dari RM259,922.75 pada tahun 1991 kepada RM 410,280.98 tahun 1995.
Jadual : Pungutan Hasil Negeri 1991-1995
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Bagi melaksanakan program dan projek-projek pembangunan ternakan dalam Rancangan Malaysia Ke Enam(RMK-6) Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan mendapat dua sumber pembiayaan dari peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan pembangunan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM6,663,240.00. Sebanyak RM 5,965,780.34 atau 89.94 % telah dibelanjakan.Projek-projek pembangunan yang dibiayai dibawah peruntukan pembangunan negeri adalah seperti berikut:-
- Rancangan Operasi Induk Anak lembu
- Rancangan Perkembangan Perusahaan Lembu dan Kambing Tenusu
- Rancangan Pemeliharaan kambing dan Bebiri
- Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedaging
- Rancangan pembakaan
- Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa
- Rancangan Pembangunan Pusat Perkhidmatan Haiwan dan Promosi Hasil Ternakan.
Jadual: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995
Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Negeri 1991-1995
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3,810,500.00.Sebanyak RM 3,610,423.29 atau 94.74 % telah dibelanjakan
Jadual: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995
Carta Turus: Peruntukan Pembangunan Persekutuan 1991-1995
BANCIAN TERNAKAN
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 populasi semua jenis ternakan menurun kecuali ayam daging dan puyuh yang menunjukkan peningkatan.
Jadual: Bancian Ternakan Negeri Kelantan 1991-1995
Populasi lembu pedaging telah menurun secara purata sebanyak 7.84 % dari 161,361 ekor kepada 148,717 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
Carta Turus: Bancian Lembu Pedaging Negeri Kelantan 1991-1995
Populasi kerbau telah menurun secara purata sebanyak 4.26 % dari 17,243 ekor kepada 13,668 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
Carta Turus: Bancian Kerbau Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus: Bancian Lembu Tenusu Negeri Kelantan 1991-1995
Populasi kambing telah menurun secara purata sebanyak 2.08 % dari 60,433 ekor kepada 54,133 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
Carta Turus: Bancian Kambing Negeri Kelantan 1991-1995
Populasi bebiri telah menurun secara purata sebanyak 1.78 % setahun dari 48,830 ekor kepada 44,489 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
Populasi ayam daging telah meningkat secara menegak dengan purata sebanyak 28.20 % setahun dari 376,515 ekor kepada 907,438 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
Populasi ayam telur telah menurun secara purata sebanyak 7.58 % setahun dari 23,819 ekor kepada 14,794 ekor dalam tempoh 5 tahun(1991-1995).
PENGGUNAAN DAGING LEMBU 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging lembu/kerbau Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 4,699.27 tan metrik dari 2,886.52 tan metrik pada tahun 1991 kepada 7,585.79 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 32.56 % setahun.
Penggunaan perkapita daging lembu juga turut meningkat sebanyak 3.86 kg. dari 2.7 kg pada tahun 1991 kepada 6.56 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 28.59 % setahun.
Walau bagaimana pun kadar saradiri daging lembu/kerbau telah merosot dengan ketara sebanyak 45.31 peratus dari 105.8 % kepada 60.49 %.
Jadual : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Saradiri Daging Lembu Negeri Kelantan 1991-1995
PENGGUNAAN DAGING KAMBING DAN BEBIRI 1991-1995
Secara keseluruhannya dalam tempoh 1991-1995 penggunaan daging kambing dan bebiri adalah dalam jajaran yang hampir stabil antara 99.30 tan metrik hingga 102.07 tan metrik setahun.
Saradiri dan penggunaan perkapita daging kambing/bebiri Negeri Kelantan juga menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu 90.04 % hingga 100 % bagi saradiri dan penggunaan perkapita pula diantara 0.07-0.08 kg.
Jadual : Penggunaan Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Daging Kambing/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Perkapita Daging kambig/bebiri Negeri Kelantan 1991-1995
PENGGUNAAN DAGING AYAM NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 15.47 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.
Jadual : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Perkapita Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Saradiri Daging Ayam Negeri Kelantan 1991-1995
PENGGUNAAN TELUR AYAM/ITIK NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) penggunaan daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 77.36 % dari dari 12,710.00 tan metrik pada tahun 1991 kepada 22,542.00 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 15.47 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam juga turut meningkat sebanyak 5.07 kg. dari 13.11 kg pada tahun 1991 kepada 18.18 kg. tahun 1995 dengan kadar purata peningkatan sebanyak 7.73 % setahun.
Penggunaan perkapita daging ayam Negeri Kelantan menunjukkan perggerakan dalam jajaran yang stabil iaitu antara 98.49 % hingga 98.77 %.
Jadual : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Penggunaan Telur Ayam/Itik Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Saradiri Telur Ayam/itik Negeri Kelantan 1991-1995
JUMLAH PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN PERINGKAT LADANG NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) jumlah pengeluaran komoditi ternakan peringkat ladang Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 55.79 % dari dari 19,144.14 tan metrik pada tahun 1991 kepada 29,825.57 tan metrik tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 11.16 % setahun.
Peningkatan terbesar jumlah pengeluaran komoditi peringkat ladang dalam tempoh 1991-1995 disumbangkan oleh komoditi daging ayam sebanyak 9,647 tan atau 90.32 % .
Pengurangan komoditi daging itik bergerak secara merosot dengan kadar yang merudum dari 100.00 tan metrik kepada 7.00 tan metrik atau sebanyak 93.00 % dalam tempoh 1991-1995.
Jadual : Jumlah Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1991-1996
Carta Turus : Pengeluaran Daging Kerbau Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Daging Kambing Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Daging Bebiri Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Ayam Daging Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Daging Itik Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Telur Ayam Peringkat Ladang 1991-1995
Carta Turus : Pengeluaran Telur Itik Peringkat Ladang 1991-1995
NILAI PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN NEGERI KELANTAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) nilai pengeluaran komoditi ternakan peringkat ladang Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 67.38 % dari dari RM 70.31 juta pada tahun 1991 kepada RM 479.29 juta tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 13.5 % setahun.
Nilai pengeluaran terbesar komoditi ternakan Negeri Kelantan dalam tempoh 1991-1995 disumbangkan oleh komoditi daging ayam sebanyak 56.0 % bernilai RM 268.63 juta.
Jadual : Nilai pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 1991 -1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) nilai pengeluaran daging lembu Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 73.87 % dari dari RM 18.78 juta pada tahun 1991 kepada RM 32.65 juta tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 11.77 % setahun.
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Daging Lembu Negeri Kelantan 1991 -1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) nilai pengeluaran daging kerbau Negeri Kelantan telah merosot dengan ketara sebanyak 43.03 % dari dari RM 8.50 juta pada tahun 1991 kepada RM 4.84 juta tahun 1995 dengan purata kadar penyusutan sebanyak 8.61 % setahun.
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Daging Kerbau Negeri Kelantan 1991 -1995
Secara umumnya nilai pengeluaran daging kambing dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 bergerak dalam jajaran yang kecil dari RM0.95 juta pada tahun 1991 dan menurun sedikit kepada RM0.90 juta pada tahun 1995.
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Daging Kambing Negeri Kelantan 1991 -1995
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Daging Kambing Negeri Kelantan 1991 -1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) nilai pengeluaran daging ayam Negeri Kelantan telah meningkat sebanyak 108.81 % dari dari RM 33.88 juta pada tahun 1991 kepada RM 70.74 juta tahun 1995 dengan purata kadar peningkatan sebanyak 21.76 % setahun.
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Daging Ayam Negeri Kelantan 1991 -1995
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Telur Ayam Negeri Kelantan 1991 -1995
Carta Turus: Nilai Pengeluaran Susu Segar Negeri Kelantan 1991 -1995
IMPORT TERNAKAN HIDUP DAN HASILAN TERNAKAN 1991-1995
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) jumlah pengimpotan bahan hasilan ternakan Negeri Kelantan adalah sebanyak 11,085.71 tan metrik dengan nilai RM114.49 juta .Dari segi kuantiti , daging lembu merupakan bahan hasilan ternakan yang paling tinggi diimpot iaitu sebanyak 40.50 % atau
4489.24 tan metrik.
Kulit/belulang lembu ditempat kedua dengan jumlah pengimpotan sebanyak 33.89 % atau 3,757.09 tan metrik. Daging khinzir menduduki tempat ketiga dengan jumlah pengimpotan sebanyak 10.47 % atau 1160.64 tan metrik. Daging ayam ditempat ke empat sebanyak 1,158.88 tan metrik atau 10.45 % dan dikuti oleh telur ayam sebanyak 467.01 tan metrik atau 4.2 %.
Kulit/belulang lembu ditempat kedua dengan jumlah pengimpotan sebanyak 33.89 % atau 3,757.09 tan metrik. Daging khinzir menduduki tempat ketiga dengan jumlah pengimpotan sebanyak 10.47 % atau 1160.64 tan metrik. Daging ayam ditempat ke empat sebanyak 1,158.88 tan metrik atau 10.45 % dan dikuti oleh telur ayam sebanyak 467.01 tan metrik atau 4.2 %.
Manakala dari segi nilaian pula telur ayam merupakan penyumbang utama kepada jumlah nilai impot dalam tempoh 1991-995 iaitu sebanyak 65.25 % atau RM 74.71 juta. Daging lembu ditempat kedua dengan jumlah pengimpotan sebanyak 14.9 % atau RM 17.06 juta, dikuti kulit lembu/ kerbau sebanyak 7.91 % atau RM 9.06 juta. Daging khinzir 7.6 % atau sebanyak RM 8.69 juta.Daging ayam sebanyak 3.9 % atau RM 4.45 juta.
Jadual : Import Bahan Hasilan Ternakan 1991-1995
Carta Turus: Jumlah import bahan hasilan ternakan Negeri Kelantan 1991-995(TM)
Carta Turus: Nilai import bahan hasilan ternakan Negeri Kelantan 1991-995(RM-juta)
Jadual: Jumlah dan Nilai Impot Daging Khinzir 1991-1995
Carta Turus: Jumlah Impot Daging Khinzir 1991-1995
Carta Turus: Jumlah Nilai Impot Daging Khinzir 1991-1995
LAPORAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN AKTIVITI PERMANIAN BERADAS
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam(1991-1995) sebanyak 31,233 kes suntikan Permanian Beradas telah dijalankan oleh jurusuntik jabatan. Bilangan suntikan Pemanian Beradas dalam tempoh lima tahun menunjukkan berlakunya kenaikan ketara dari tahun 1991 hingga 1993 dan kembali menurun dengan ketara sehingga jatuh melepasi jumlah kes tahun 1991.
Pencapaian tertinggi suntikan Permanian Beradas dlam tempoh Rancangan Malayisa ke Enam pada tahun 1993 sebanyak 8,267 kes kemudian merosot sebanyak 40.8 % kepada 4,898 kes pada tahun 1995.
Jadual : Prestasi Permanian Beradas 1991-1995
Carta Turus : Pencapain suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 1986-1990
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) sebanyak 25,690 ekor induk lembu telah dibiakkan secara Permanian Beradas. Bilangan induk yang disuntikan Pemanian Beradas menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 44.6 % dari tahun 1991 hingga 1993. kemudian merosot sebanyak 40.8 % kepada 4,092 kes pada tahun 1995.
Carta Turus : Bilangan Induk yang dijalankan suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 1991-1995
Secara purata kadar kelahiran anak hasil dari pembiakan secara Permanian Beradas dalam tempoh 1990-1995 adalah sebanyak 44.50 %. Pencapai kelahiran anak lembu hasil Permanian Beradas telah meningkat 94.8 % dari 1985(30.8%) kepada 60.0 % pada tahu 1995.
Carta Turus : Pencapain Kelahiran anak hasil Permanian Beradas Negeri Kelantan 1991-1995
Carta Turus : Bilangan jurusuntik Permanian Beradas Negeri Kelantan 1991-1995
LAPORAN KEMAJUAN TANAH RIZAB HAIWAN
Jadual : Keluasan Tanah Rizab Haiwan Negeri Kelantan 1986-1990
Carta turus : Keluasan Tanah Rizab haiwan Negeri Kelantan 1991-1995
Tiada ulasan:
Catat Ulasan