PENCAPAIAN SEKTOR TERNAKAN RMK-9


PENCAPAIAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (2006-2010)






PERUNTUKAN 







Jadual: Peruntukan dan projek Kerajaan Persekutusan yang dilaksana oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan









PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN
INDUSTRI TERNAKAN 
RMK-9(2006-2010)














Jadual 1: Perkembangan Populasi Ternakan Di Negeri Kelantan  (2006 -2010)






Jadual 02: Perkembangan Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Kelantan 2006-2010)







Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke Sembilan(2006-2010) nilai pengeluaran komoditi ternakan Negeri Kelantan  diperingkat ladang sebanyak RM 1,296.48 juta. Daging ayam adalah penyumbang terbesar kepada nilai pengeluaran iaitu sebanyak 68.84 % atau RM 892.49 juta.

Komoditi daging lembu/kerbau adalah penyumbang yang kedua terbesar iaitu sebanyak 24.71 % dengan nilai RM 320.38 juta dikuti oleh komoditi telur ayam/itik sebanyak 5.08 %.



Jadual 03: Nilai Pengeluaran ex-farm Komoditi Ternakan(RM-juta) 2006-2010







Carta Pie : peratus nilai komoditi ternakan ex-farm Negeri Kelantan 2006-2010






Carta Turus: Nilai Pengeluaran ex-farm daging lembu 2006-2010





Carta Turus: Nilai Pengeluaran ex-farm daging kambing 2006-2010



 Carta Turus: Nilai Pengeluaran ex-farm daging ayam 2006-2010




Carta Turus: Nilai Pengeluaran ex-farm telur ayam 2006-2010



Carta Turus: Nilai Pengeluaran ex-farm susu segar 2006-2010














Jadual 4: Perubahan populasi lembu/kerbau  di Negeri Kelantan dari tahun 2006 -2010



Jadual 04: Pengeluaran,permintaan dan tahap saradiri daging lembu 
Negeri Kelantan 2006-2010



Jadual 5: Kadar ekstraksi lembu pedaging di Negeri Kelantan dari tahun 2006 - 2010














Jadual : Perubahan  populasi kambing/bebiri  dari tahun 2006 - 2010
(Mengikit sasaran EPID)








Jadual 5: Perubahan populasi Kambing/bebiri di Negeri Kelantan dari tahun 2006 - 2010




Carta Garis : Populasi kambing/bebiri Negeri Kelantan 2006-2010











Jadual : Populasi ayam/itek Negeri Kelantan 2006-2010





Carta Garis : Perkembangan populasi ayam/itek Negeri Kelantan 2006-2010




Jadual : Pengeluaran,permintaan %tahap saradiri komoditi ternakan Negeri Kelantan 2006-2010(mt)







Carta garis : Pengeluaran dan permintaan daging ayam Negeri Kelantan 2006-2010(mt)




Carta garis :  Peratus tahap sara diri  daging ayam Negeri Kelantan 2006-2010




Carta garis :  Penggunaan perkapita   daging ayam Negeri Kelantan 2006-2010




Carta garis :  Pegeluaran dan Penggunaan  telur ayam Negeri Kelantan 2006-2010




Carta garis :  Penggunaan perkapita   telur ayam Negeri Kelantan 2006-2010





Jadual  :  Penggunaan perkapita   daging ayam Negeri Kelantan 2006-2010





Carta garis :  Tahap saradiri telur ayam Negeri Kelantan 2006-2010




Carta Turus :  Penggunaan perkapita   telur  ayam Negeri Kelantan 2006-2010





Carta Turus :  Pengeluaran susu segar  Negeri Kelantan 2006-2010(MT)






LAPORAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN AKTIVITI PERMANIAN BERADAS



Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010) sebanyak 35,188 kes suntikan Permanian Beradas telah dilaksanakan oleh jurusuntik jabatan dan jurusuntik DIY. Bilangan suntikan Pemanian Beradas dalam tempoh lima tahun menunjukkan pencapaian yang bergerak dalam jajaran menurun dari 7,573 kes pada tahun 2006 kepada 6,950 pada tahun 2010.


Jadual : Prestasi Percapaian Aktiviti Permanian Beradas 2006-2010




Carta Turus : Pencapain suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 2006 - 2010



Carta Turus : Bilangan Induk yang dijalankan suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 2006-2010




















Jumlah kelahiran anak lembu hasil dari Pembiakan secara Permanin Beradas dalam tempoh 1996-2000 adalah sebanyak 13,786 ekor. Secara purata kadar kelahiran anak hasil dari pembiakan secara Permanian Beradas dalam tempoh 1990-1995 adalah sebanyak 44.05 %.


Carta Turus :Kelahiran anak hasil Permanian Beradas Negeri Kelantan 2006-2010





Carta Turus : Pencapain peratus kelahiran anak hasil Permanian Beradas Negeri Kelantan 2006-2010




Carta Turus : Bilangan Jurusuntik  Permanian Beradas Negeri Kelantan 2006-2010
























KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SKIM PAWAH LEMBU PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI SEPANJANG TEMPOH RMK-9.


1.             RINGKASAN

Penilaian ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan  projek untuk kesejahteraan rakyat anjuran  pihak Kerajaan dalam rangka untuk membantu  golongan sasar yang ditetapkan di sepanjang tempoh RMK-9 (2006-2010)

Penilaian ini telah memberi jawapan secara fakta  kepada beberapa persoalan  yang selama ini sering dibangkitkan secara andaian  terhadap keberkesanan skim pawah. Berdasarkan kepada hasil penemuan penilaian yang dibuat, secara keseluruhannya pelaksanaan Skim Pawah Ternakan Jabatan bagi tempoh RMK-9 berada pada tahap MEMUASKAN

Sebagai sebuah projek kesejahteraan rakyat, Skim Pawah Ternakan ini telah mampu memenuhi objektif tertentu sebagaimana  yang telah ditetapkan. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek pelaksanaan yang perlu ditambahbaik bagi menjamin keberkesanannya di masa-masa akan datang.

2.             PENGENALAN TENTANG SKIM BANTUAN PAWAH  TERNAKAN

“ Pawah Ternakan “ merupakan suatu istilah yang begitu sinonem dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk kredit induk ternakan sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepada penternak untuk dipelihara. Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan perjanjian bertulis yangmana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi pihak Kerajaan dan penternak.

Perjanjian pawah ini akan dianggap tamat atau selesai setelah penternak berjaya mengembalikan seekor anak sama ada betina atau jantan dewasa bagi setiap ekor induk yang diterima. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.

Penternak bersama lembu diawah skim pawah
Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula. Pawah baru bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan. Manakala pawah semula bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternak lain.

Skim bantuan pawah ini merupakan salah satu dari produk terawal yang ditawarkan kepada golongan penternak selaku pelanggan Jabatan dan sehingga kini dianggap masih relevan dan menjadi medium berkesan untuk menghubungkan pihak Jabatan dengan penternak. Di Negeri Kelantan, skim ini telah mula dilaksanakan seawal Tahun 1961.

Diantara objektif skim pawah ini adalah untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar, menambah pendapatan sampingan penternak serta membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.

Walaupun telah sekian lama dilaksanakan, sehingga kini belum terdapat kajian secara khusus mengenai kesan dari pelaksanaan skim tersebut. Apa yang kita temui hanyalah penilaian yang dibuat yangmana  lebih kepada andaian yang samar, tanpa didasarkan kepada fakta-fakta yang lengkap.



      3.       LATARBELAKANG KAJIAN


Skop Penilaian :

i.                    Penilaian dibuat ke atas pelaksanaan Skim Pawah Ternakan di seluruh Negeri
Kelantan (Peruntukan Pembangunan Negeri)

ii.                   Agihan  antara tahun 2006 hingga 2010 (RMK-9)
iii.                 Pawah lembu sahaja

      4. OBJEKTIF PENILAIAN  

i.                     untuk mendapatkan gambaran tahap kemajuan terkini Skim Pawah Ternakan 
            Jabatan

ii.                   untuk menilai sumbangan skim ini di dalam konteks pembangunan industri
            ternakan.

iii.                 untuk mengemaskini parameter penting yang dijadikan sebagai penanda aras
            dalam pengurusan Skim Pawah Ternakan

iv.                 untuk  mengenalpasti cabaran atau halangan serta mencadangkan norma-
norma kerja yang sesuai di mana perlu untuk penambahbaikan dalam pengurusan projek-projek Jabatan.


5. KAEDAH  PENILAIAN  

i.                     Analisis ke atas data dalam Sistem Maklumat Pawah Jabatan (SISMAP)
ii.                   Soalselidik 
iii.                 Semakan rambang ke atas Buku Rekod Utama/Buku Pendaftaran Pawah
(Master Record) & Surat Perjanjian Pawah

iv.                 Membuat perbandingan dengan hasil kajian pawah Jajahan Pasir Puteh yang
            dijalankan  pada tahun 2005 (selepas ini dirujuk sebagai PP’05)

v.                   Menggunakan  pendekatan secara skala pemarkahan bagi menilai
            kemajuannya

Penilaian Secara  Skala Pemarkahan

% PENCAPAIAN
TAHAP  PENILAIAN
85  – 100
CEMERLANG
70  -    84
AMAT BAIK
55  -    69
BAIK
40  -    54   
MEMUASKAN
30  -    39
KURANG MEMUASKAN
<   30
LEMAH


Perbandingan Kajian PP’05 Dengan  RMK-9

PERKARA
PP’05
RMK-9
1. Tempoh liputan
1968 - 2003
2006-2010
2. Skop
Pasir Puteh sahaja
Semua jajahan
3. Jumlah kes pawah
    yang dianalisis
2,894 kes
2,354 kes
4. Sumber Rujukan
VEINS(Pintaf), Rekod Utama, Soalselidik
SISMAP, Rekod Utama, Soalselidik
5. Ternakan
Lembu sahaja
Lembu sahaja


6. PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI


  1. Kadar Penyelesaian Secara Umum

  1. Kadar Penyelesaian Secara Produktif (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)

  1.  Kadar  Penyelesaian Perjanjian Dalam  Tempoh  Yang Menasabah (Gambaran kepada Tahap Kecekapan Kerja)

  1. Status Pawah Belum Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).

  1.  Kadar Kelahiran Anak Pawah  Selesai  (Gambaran kepada Keberkesanan Sistem Pengurusan Rekod).

  1. Umur  Anak Pawah Untuk  Penyelesaian Perjanjian (Gambaran kepada pematuhan terhadap  syarat-syarat perjanjian pawah)

  1.  Kadar Pulangan Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)

  1. Kadar Pulangan Nilai Ternakan  (Gambaran kepada produktiviti)





SKIM  PAWAH TERNAKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN `ISU DAN CABARAN'





DEFINISI PAWAH TERNAKAN


Skim Bantuan Pawah Ternakan bermaksud bantuan yang berbentuk KREDIT INDUK TERNAKAN sama ada lembu, kerbau, kambing atau bebiri yang diberikan kepada penternak untuk dipelihara



OBJEKTIF SKIM PAWAH :
  • Untuk memperluaskan aktiviti menternak di kalangan rakyat miskin di luar bandar
  • Untuk menambah pendapatan sampingan penternak
  • Untuk membantu meningkatkan pengeluaran daging tempatan.



PERUNTUKAN PEMBANGUNAN  KERAJAAN NEGERI  UNTUK SKIM PAWAH




 Jadual 1: Peruntukan Skim Pawah RMK-10 dan RMK-11


PELAKSANAAN SKIM PAWAH

Setiap pemberian bantuan akan disertai dengan PERJANJIAN BERTULIS yang mana syarat-syaratnya perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak, iaitu :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pihak KERAJAAN NEGERI PENTERNAK selaku penerima bantuan

Perjanjian pawah ini akan dianggap TAMAT atau selesai setelah penternak berjaya MENGEMBALIKAN SEEKOR ANAK SAMA ADA BETINA ATAU JANTAN DEWASA BAGI SETIAP EKOR INDUK YANG DITERIMA. Perjanjian juga akan dikira tamat sekiranya berlaku kematian induk, kehilangan, penyingkiran dan lain-lain alasan yang diperakui oleh pihak Jabatan.


Bantuan pawah yang diberikan berbentuk sama ada pawah baru atau pawah semula.

PAWAH BARU :
bermaksud induk ternakan yang dibeli oleh Jabatan menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan dibekalkan kepada penternak yang berkaitan.

PAWAH SEMULA :

bermaksud anak betina dewasa hasil dari pawah yang diambil dari seseorang penternak bagi tujuan menamatkan perjanjian dan diberi pawah semula kepada penternak lain.



Carta Pie: Pecahan agihan lembu pawah mengikut jajahan





JUMLAH AGIHAN LEMBU PAWAH DAN NILAI DALAM RMK-9










PUNGUTAN HASIL JABATAN 2015


Carta Pie : Pungutan hasil jabatan 2015


KADAR PENYELESAIAN PAWAH

Bermaksud peratus perjanjian yang telah ditamatkan berbanding dengan jumlah keseluruhan ternakan yang diagih.Kadar penyelesaian secara umum belum lagi memberikan gambaran yang tepat terhadap prestasi sebenar skim pawah.Ia hanya mampu memberikan gambaran status sesuatu perjanjian itu, sama ada selesai atau belum.Hanya penyelesaian secara produktif sahaja  yang mampu menggambarkan kejayaan atau kegagalan skim tersebut sama ada kepada pihak kerajaan ataupun penternak selaku golongan sasar.
Kadar Penyelesaian Secara Umum (PU) :
Kadar PU = Jumlah Perjanjian Yang Telah Selesai     X  100 
                      Jumlah Keseluruhan Perjanjian

                  


Carta Pie : Kadar penyelesaian umum pawah lembu RMK-9






KADAR PENYELESAIAN PERJANJIAN DALAM TEMPOH






PENYELESAIAN SECARA PRODUKTIF

Bermaksud peratus penyerahan balik anak jantan atau betina dewasa oleh pemawah kepada kerajaan bagi tujuan penamatan perjanjian berbanding dengan keseluruhan jumlah perjanjian yang selesai. Kaedah begini dianggap produktif kerana mampu mendatangkan pulangan hasil yang maksimum.
Kaedah seperti singkiran  tidak mendatangkan pulangan yang maksimum, manakala kematian atau hapus kira langsung tidak mendatangkan pulangan sama ada kepada kerajaan mahupun penternak dan cara ini dianggap sebagai penyelesaian yang tidak produktif.
Penyelesaian Secara Produktif (PP) = Jual AJ, Jual AB & PS
Penyelesaian Tidak Produktif (PTP) = Singkir, Induk Mati, Hapuskira
Kadar PP = (Jum. Jual AJ + Jum. Jual AB + Jum. PS)          X  100%
                   Jumlah  Perjanjian Yang Selesai






Tempoh penyelesaian yang menasabah  di sini bermaksud tempoh dimana perjanjian pawah dapat ditamatkan secara produktif dalam peratusan yang tinggi serta mendatangkan pulangan hasil yang juga tinggi.
Penyelesaian perjanjian dalam tempoh yang sesuai boleh memberi  gambaran tentang kemajuan sesuatu skim pawah itu.
Penyelesaian yang terlalu cepat mungkin menggambarkan cara penyelesaian yang tidak produktif seperti induk mati atau hilang sebelum melahirkan anak, atau induk kemalangan atau disingkir yangmana tidak mendatangkan pulangan kepada kerajaan dan penternak.

Penyelesaian dalam tempoh yang singkat mungkin berlaku secara produktif, iaitu melalui penyerahan anak jantan atau betina, tetapi hasilnya mungkin tidak optimum disebabkan anak-anak yang masih di bawah had umur penyelesaian dan rendah nilainya









KADAR  PULANGAN PAWAH


Kadar Pulangan Pawah bermaksud apa  yang akan diperolehi oleh Jabatan sama ada dalam bentuk ternakan atau nilai ternakan yang dapat diselesaikan perjanjiannya  secara produktif berbanding dengan jumlah ternakan atau nilai ternakan yang diberi pawah.
Pulangan Pawah Dalam Bentuk Jumlah Ternakan (PPQ) =
Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)
Peluang ternakan PP di tangan penternak :
70% bagi tempoh perjanjian < 5 tahun & 50% bagi tempoh perjanjian 5 – 10 tahun




Kadar PPQ  = (Jumlah ternakan PP + Peluang ternakan PP)    X 100%
             Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah
        =  Jum. Ternakan Selesai  Secara Produktif +
                        ( Ternakan Belum Selesai < 5 Thn x 70%) +
                        ( Ternakan Belum Selesai > Thn x 50%)             X   100%
             Jumlah Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah
         = ( 1,180    +   155   +  383)        X 100%      
                    2,354 
         =  73%
                       

KADAR  PULANGAN NILAI  TERNAKAN PAWAH

Pulangan Pawah Dalam Bentuk Nilai Ternakan (PPN) =
Nilai ternakan PP + Peluang  nilai ternakan PP (yang ada di tangan penternak yang belum selesai)
Kadar PPN  = (Nilai ternakan PP + Peluang Nilai Ternakan PP)    X 100%
             Nilai  Keseluruhan Ternakan Diberi Pawah
        = RM (907,925   +  599,99)      X  100%
           RM 2,793,479

        =  54%





Impak pelaksanaan SKIM PAWAH
















ISU & CABARAN

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan