PENTERNAK JAYA NEGERI KELANTAN.
PENTERNAK JAYA RUMINAN NEGERI KELANTAN 2015
En. Zulkifli bin Md Zain seorang penternak kecil ruminan dibawah bimbingan KTS Gua Musang yang telah berjaya ditranformasikan menjadi usahawan ruminan yang berjaya. Beliau telah terpilih sebanyak 4 kali untuk dianugerahkan Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan iaitu pada tahun 2003, 2006, 2008, 2010,2015
Bermula dengan modal sebanyak M4,700.00 dengan bilangan ternakan sebanyak 4 ekor indu,1 ekor pejantan dan 1ekor anak pada tahun 1994 kini (tahun 2008) beliau mempunyai sebanyak 450 ekor lembu.
Menerimah Anugerah Diraja Insan cemerlang Jajahan Gua Musang dari DYMM Raja Perempuan Kelantan 04 September 2008 |
Menyampai cenderahati kenangan kepada YAB Perdana menteri di HPPNK 2008 |
Aktiviti pengurusan ternakan yang dijalankan sendiri oleh En. Zulkifli di ladang beliau |
PENTERNAK JAYA RUMINAN NEGERI KELANTAN 2009
Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2009 dimenangi oleh EN.WAN ISMAIL BIN WAN MAMAT dari Felda Aring 01,Gua Musang. Beliau merupakan usahawan ruminan dibawah bimbingan Projek Kawasan Tumpuan Sasaran(KTS) Gua Musang. Mula mnceburi diri dalam penternakan ruminan pada tahun 1996 dengan memelihara lembu sebanyak 15 ekor induk secara berkelompok bersama 3 orang pentenak lain.Kini beliau mempunyai 250 ekor lembu dengan 150 ekor induk.Belia juga menjalankan aktiviti penyembelihan dan penjualan daging lembu segar dikawasan sekitar Felda Aring dan Gugusan Felda Ciku dan Gugusan Kesedar Paloh.
Berdasarkan rekod cemerlang dan kesungguhan beliau,pada tahun 2010 pihak jabatan telah memberi bantuan sebanyak 15 ekor induk lembu dibawah Skim TRUST bagi meningkatkan bilangan induk dan membesarkan lagi projek yang diusahakan.
Menerima anugerah Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2009 daripada YAB Tok Guru Menteri Besar sempena HPPNNK 2010 |
En. Wan Ismail bersama lembu peliharaanya diladang Felda Aring 03,Tahun 2011 |
PENTERNAK JAYA RUMINAN NEGERI KELANTAN 2008
EN. MAT JUSOH BIN ISRAIL penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2015 dan 2008 adalah usahawan ruminan dibawah bimbingan pegawai Perkhidmatan jajahan Gua Musang. Mula mnceburi diri dalam penternakan ruminan pada tahun 1996 dengan memelihara lembu sebanyak 5 ekor induk dan 1 ekor pejantan di ladang sawit Felda Ciku 03.Hasil dari usaha beliau yang gigih dan komitmen yang tinggi pada tahun 2008 beliau mempunyai 210 ekor lembu terdiri dari 115 ekor induk.4 ekor pejantan dan selebihnya anak. Beliau juga menternak 50 ekor kambing dan 30 bebiri sebagai aktiviti sampingan dalam bidang penternakan.
Beliau bukan sahaja menceburi bidang penternakan ruminan bahkan terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial.Beliau menjadi Pengerusi Persatuan Penternak Felda Ciku 03,Ketua Blok 3,ALK Koperasi Peneroka Felda Ciku 3,Ahli Jawatankuasa JKKR Felda Ciku 03.Di atas sumbangan besar beliau dalam aktiviti sosial dan bidang penternakan,pada tahun 2010 beliau telah dinobatkan sebagai Insan cemerlang peringkat jajahan Gua Musang.Anugerah itu di sampaikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan.
PENTERNAK JAYA UNGGAS NEGERI KELANTAN 2003
Nama Pengusaha : TUAN HJ. RADZUAN BIN HAMAT
Alamat : Kg. Tepus, Gunong, Bachok, Kelantan
Saiz Bidang Usaha : 70,000 ekor/pusingan
PENTERNAK JAYA UNGGAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2002
Nama : EN. MAT ALI BIN AB RAHMAN
Saiz Bidang Usaha : 70,000 ekor/pusingan
PENTERNAK JAYA UNGGAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2002
Nama : EN. MAT ALI BIN AB RAHMAN
Alamat : Kg. Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan
Memiliki 4 buah syarikat :
Memiliki 4 buah syarikat :
- MAE Poultry Farming – pengeluaran ayam daging – kapasiti 560,000 ekor dalam satu masa
- Mat Ali Enterprise – Pemprosesan
- MAE Trans – Pengangkutan
- MAE Marketing - Pemasaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan