Laporan ini merupakan pencapaian aktiviti-aktiviti jabatan yang telah dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-5 mulai tahun 1986 hingga 1990.
PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN 1986-1990
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Dalam Rancangan Malaysia Ke-5 sejumlah RM 3,905,000.00 telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Kelantan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Sebanyak 96.52 % atau RM 3,765,156.01 peruntukan pembangunan telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut.
Carta Turus: Jumlah Peruntukan Pembangunan Negeri dan Perbelanjaan 1986-1990
Dalam Rancangan Malaysia Ke-5 sejumlah RM2,858,050 telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan Kelantan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan. Sebanyak 98.62 % atau RM 2,818,514.90 peruntukan pembangunan telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut.
Carta Turus: Jumlah Peruntukan Pembangunan Persekutuan dan Perbelanjaan 1986-1990
PRESTASI KUTIPAN HASIL 1986-1990
Dalam Rancangan Malaysia Ke-5 sejumlah RM911,748.00 hasil kepada kerajaan negeri telah berjaya dipungut oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan. Secara purata penambahan pungutan hasil adalah 79.42 % setahun.
Carta Turus: Jumlah Pungutan Hasil Negeri 1986-1990
Dalam Rancangan Malaysia Ke-5 sejumlah RM 1,269,673.00 hasil kepada kerajaan persekutuan telah berjaya dipungut oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan.
Carta Turus: Jumlah Pungutan Hasil Persekutuan 1986-1990
NILAI EKSPORT BAHAN DAN HASILAN TERNAKAN 1986-1990
Dalam Rancangan Malaysia Ke-5 nilai eksport bahan dan hasilan ternakan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM 100.30 juta. Secara puratanya pertambahan nilai eksport adalah 26.41 % setahun.
Carta Turus: Nilai Eksport dan Import Bahan dan Hasilan Ternakan(RM) 1986-1990
BANCIAN TERNAKAN
Secara keseluruhannya dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lima(1986-1990) bancin ternakan lembu pedaging, kambing, bebiri,ayam daging,ayam kampong,itik telur dan puyuh menunjukkan peningkatan populasi yang memberangsangkan. manakala kerbau,ayam telur dan khinzir bergerak dalam jajaran menurun dari tahun kesetahun.
Dalam Rancangan Malaysia Kelima bancian ternakan bebiri menunjukkan peningkatan paling tinggi sebanyak 49.0 %, diikuti lembu pedaging 34.6 % dan ayam kampong 33.60 %.
Bancian lembu tenusu menunjukkan perubahan menurun pada tahun 1986-1988,meningkat dengan mendadak pada tahun 1989 dan kembali menurun pada tahun 1990.
Bancian Ternakan Negeri Kelantan 1986-1990
Bancian lembu pedaging Negeri Kelantan bergerak kearah peningkatan secara menegak.Dalam tempoh lima tahun populasi lembu pedaging meningkat 34.6 % dari 103,833 ekor pada tahun 1986 kepada 140,015 ekor tahun 1990 dengan kadar purata pertambahan sebanyak 6.9 % setahun.
Carta Turus: Bancian Lembu Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Bancian Kerbau Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Bancian Kambing Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Bancian Bebiri Negeri Kelantan 1986-1990
JUMLAH PENYEMBELIHAN TERNAKAN 1986-1990
Sepanjang tempoh Rancangan Malayisa Ke Lima sebanyak 206,471 ekor ternakan telah direkodkan penyembelihannya. Penyembelihan lembu merupakan ternakan yang paling banyak disembelih ia itu 91,368 ekor atau 44.25 % diikuti oleh ternakan khinzir 62,773 atau 30.40 %. Ternakan kambing 20,144 ekor atau 9.76 %, kerbau 7.91 % dan bebiri 7.68 %.
Jadual: Jumlah Penyembelihan Ternakan Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Pie : Peratus sembelihan mengikut jenis ternakan 1986-1990
Carta Turus: Jumlah Penyembelihan Lembu 1986-1990
Carta Turus: Jumlah Penyembelihan Kerbau 1986-1990
Carta Turus: Jumlah Penyembelihan Kambing 1986-1990
Carta Turus: Jumlah Penyembelihan Bebiri 1986-1990
LAPORAN PROGRAM KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT HAIWAN
Aktiviti utama dibawah program kesihatan dan kawalan penyakit haiwan sepanjang tempoh 1986-1990 adalah aktiviti pemberian pelalian penyakit,pelesenan dan pemusnahan anjing dan rawatan ternakan.
Aktiviti menyuntik vaksin Penyakit kuku Dan Mulut |
Dalam tempoh 1986-1990 Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berjaya menyuntik 398,027 ekor lembu dan kerbau dengan pelalian Penyakit Kuku dan Mulut dan 25,227 ekor pelalian Penyakit Hawar berdarah.
Bagi ternakan ayam Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjalankan suntikan pelalian Sampar standard sebanyak 3.528 juta ekor dan pelalian sampar `F' sebnayak 8.213 juta ekor.
Bagi Kawalan dan pencegahan penyakit Anjing Gila `Rabies' pihak Jabatan telah berjaya memberi suntikan pelalian penyakit anjing gila kepada 2,357 ekor dan memusnahkan 9,279 ekor anjing.
Jadual: Aktiviti kesihatan dan kawalan penyakit 1986-1990
Carta Turus: Prestasi Suntikan Pelalian Penyakit Kuku dan Mulut 1986-1990
Carta Turus: Prestasi Suntikan Pelalian Penyakit Hawar Berdarah 1986-1990
Carta Turus: Prestasi Pemusnahan Anjing 1986-1990
LAPORAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN AKTIVITI PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN
PERUNTUKAN YANG DITERIMA
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lima(1986-1990) sebanyak RM63,800.00 peruntukan mengurus dan RM67,500 peruntukan pembangunan telah diterima.Peruntukan mengurus yang diterima meningkat dari tahun kesetahun dengan kadar 51.38 % setahun dari RM5,800 pada tahun 1986 kepada RM 20,700 tahun 1990.
Peruntukan mengurus pula menurun dengan kadar purata 54 % peratus dari RM18,500 tahun 1986 kepada RM 5,000 pada tauh 1990.
Jadual: Jumlah Peruntukan Mengurus dan Pembangunan Persekutuan
Carta: Peruntukan Mengurus Persekutuan dibawah Progrm Pembiakan dan Pembakaan
Carta: Peruntukan Pembangunan Persekutuan dibawah Progrm Pembiakan dan Pembakaan
LAPORAN PRESTASI AKTIVITI PERMANIAN BERADAS 1986-1990
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lima(1986-1990) sebanyak 9,840 kes suntikan Permanian Beradas telah dijalankan oleh jurusuntik jabatan. Bilangan suntikan Pemanian Beradas dalam tempoh lima tahun menunjukkan berlakunya peningkatan yan ketara sebanyak 183.2% dari 1,199 kes pada tahun 1985 kepada 3,396 pada tahun 1990.
Jadual : Prestasi Permanian Beradas 1986-1990
Carta Turus : Pencapain suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 1986-1990
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lima (1986-1990) sebanyak 8,067 ekor induk lembu telah dibiakkan secara Permanian Beradas. Bilangan induk yang disuntikan Pemanian Beradas dalam tempoh lima tahun menunjukkan berlakunya peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 198 % dari 939 ekor pada tahun 1985 kepada 2798 ekor pada tahun 1990.
Carta Turus : Bilangan Induk yang dijalankan suntikan Permanian Beradas Negeri Kelantan 1986-1990
Secara purata kadar kelaharan anak hasil dari pembiakan secara Permanian Beradas dalam tempoh 1985-1990 adalah sebanyak 43.9 %. Pencapai ini merosot sebanyak 31.0 % dari 1985(52.00%) kepada 35.90 % pada tahu 1990.
Carta Turus : Pencapain Kelahiran anak hasil Permanian Beradas Negeri Kelantan 1985-1990
LAPORAN AGIHAN BAKA PEJANTAN
Jadual : Agihan baka pejantan 1986-1990
Carta Turus : Pengagihan lembu baka pejantan Negeri Kelantan 1986-1990
LAPORAN KEMAJUAN TANAH RIZAB HAIWAN
Jadual : Keluasan Tanah Rizab Haiwan Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus : Keluasan tanah Rizab Haiwan Negeri Kelantan 1986-1990
RANCANGAN PENANAMAN RUMPUT DIKAWASAN PERSENDIRIAN`HOME-PLOT'
Carta Turus : Keluasan tanah Rizab Haiwan Negeri Kelantan 1986-1990
RANCANGAN PENANAMAN RUMPUT DIKAWASAN PERSENDIRIAN`HOME-PLOT'
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lima (1986-1990) seluas 211 hektar tanah persendirian telah terlibat dibawah program penanaman rumput dan tumbuhan makanan haiwan.
Penanaman rumput terpilih(Napier,guinea,Humudicola) meliputi kawasan seluas 185 hektar,tanaman petai belalang seluas 4.0 hektar dan sorghum seluas 22 hektar.
Jadual : Kemajuan pembangunan Home-plot dan tanaman rumput
Carta Turus: Keluasan tanaman rumput terpilih Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Keluasan tanaman sorghum Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Keluasan tanaman Petai Belalang Negeri Kelantan 1986-1990
Carta Turus: Penglibatan penternak dalam program home-plot Negeri Kelantan 1986-1990
Tiada ulasan:
Catat Ulasan