CADANGAN KEPERLUAN BAJET PEMBANGUNAN NEGERI BAGI RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMK-11)JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN
RINGKASAN
EKSEKUTIF
Kertas Cadangan Keperluan Bajet Pembangunan Negeri Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan ini merupakan perancangan Jabatan ini dalam rangka membantu pembangunan industri ternakan di negeri Kelantan untuk dilaksanakan di sepanjang tempoh tahun 2016 hingga 2020.
Perancangan ini lahir ekoran dari kajian
ke atas impak perbelanjaan peruntukan pembangunan negeri bagi tempoh Rancangan
Malaysia KeSepuluh yang dilaksanakan dari tahun 2011 hingga 2015. Sebahagian
dari cadangan projek yang dicadangkan merupakan projek sambungan dengan
beberapa modifikasi daripada projek asal, manakala terdapat juga beberapa
cadangan projek baru, sesuai dengan perkembangan semasa industri ternakan,
disamping mengambilkira golongan sasar yang terlibat serta kehendak dasar dan objektif yang digariskan di
dalam Dasar Bertani Satu Ibadah serta Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan
ke arah menjadikan negeri Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.
Sebanyak RM 39.01 Juta peruntukan
pembangunan merangkumi RM 28.36 juta untuk projek sambungan dan RM 10.65 juta
untuk projek baru yang dicadangkan diperlukan bagi menjayakan pelbagai aktiviti
di bawah sub-sektor penternakan yang disenaraikan di dalam perancangan lima
tahun ini.
Projek lembu kacukan meghasilkan produktiviti yang tinggi kepada pengeluaran daging tempatan |
PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK RMK-11(2016-2020)
1. CADANGAN PERUNTUKAN YANG DIPOHON (Projek Sambungan)
2. CADANGAN PERUNTUKAN UNTUK PROJEK BARU
3. PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN ( projek Sambugan)
CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RANCANGAN
MALAYSIA KE-11 (2016
- 2020)
P26-26001
: RANCANGAN OPERASI INDUK-ANAK
(Projek Sambungan)
SKOP : PEMBELIAN
INDUK UNTUK PEMBIAKAN LEMBU
PEDAGING KACUKAN SECARA BRIDLOT
1.0.LATARBELAKANG
Program
Pembiakan Lembu Pedaging Kacukan Secara
Bridlot ini merupakan cadangan aktiviti
di bawah Rancangan Operasi Induk-Anak yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan
melalui Jabatan Perkhidmatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Peruntukan
Pembangunan P26 : 26001. Sebelum ini, Peruntukan P26 : 26001 (Rancangan Operasi
Induk-Anak) digunakan untuk pembelian induk-induk lembu baka tempatan untuk
diagihkan secara pawah kepada penternak.
Bagaimanapun melalui Program Pembiakan Lembu Pedaging Kacukan Secara Bridlot
ini, kerajaan akan membeli induk-induk lembu kacukan yang bermutu tinggi untuk
dikembangbiak di kalangan penternak yang berpotensi menggunakan konsep pawah
sebagaimana lazim.
YB EXCO memasang Rfid kepada lembu pawah projek `Bridlot' di kg.Bendang Pak Yong,Tumpat |
Keutamaan
projek ini adalah untuk mewujudkan peluang perniagaan tani di kalangan
penternak khususnya golongan belia yang berpotensi.Projek ini akan melibatkan
perkongsian pintar antara Kerajaan dengan peserta dimana kedua-dua pihak
mempunyai komitmen masing-masing dalam menjayakan projek ini. Melalui projek
ini, Kerajaan akan menyediakan sumbangan modal berupa baka ternakan, manakala
peserta perlu menyediakan prasarana kandang dengan masing-masing nisbah modal
80% : 20%.
Induk dan anak lembu kacukan dibawah projek `Bridlot' |
Projek ini merupakan perancangan jangka panjang untuk membangunkan sumber genetik lembu di negeri Kelantan bagi menghasilkan sebanyak mungkin bekalan induk-induk lembu pedaging dari generasi F1 kacukan Charolais-KK yang berkualiti bagi membantu meningkatkan pengeluaran daging dalam negeri, sejajar dengan slogan Bertani Satu Ibadah serta Plan Strategik Pertanian Negeri Kelantan ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara . Bagi tujuan ini, induk-induk dari baka Kedah-Kelantan yang dikacuk dengan baka Charolais (melalui kaedah permanian beradas) akan dijadikan sebagai asas dalam membangunkan sumber genetik ternakan yang terlibat.
Kandang , infra dan lanatam asas projek` Bridlot' |
Peserta
terikat dengan perjanjian pawah dimana
mereka dikehendaki menyerah balik seekor anak lembu kacukan betina yang berkualiti
bagi setiap induk yang diterima bagi membolehkan perjanjian tadi ditamatkan,
serta membolehkan projek tersebut dapat dikembangkan kepada penternak lain.
Melalui projek ini juga, sebanyak RM 2.765 juta diperlukan dari
Kerajaan untuk tujuan pembelian induk-induk lembu dan juga pembelian
ubat-ubatan dan peralatan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 5 tahun.
Dengan agihan sebanyak 100 ekor induk setahun selama 5 tahun, pada
akhir tahun yang kesepuluh pelaksanaan projek ini, Insya Allah jumlah induk
yang produktif yang berada di tangan-tangan penternak akan berkembang sehingga
1,400 ekor.
2.0.PROJEK
2.1.JANGKAMASA DAN LOKASI PELAKSANAAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di semua jajahan di seluruh negeri Kelantan, melibatkan 20 orang peserta setahun.
2.1.JANGKAMASA DAN LOKASI PELAKSANAAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di semua jajahan di seluruh negeri Kelantan, melibatkan 20 orang peserta setahun.
Jadual
A : Jadual Pelaksanaan
Bil.
|
Jajahan
|
Bilangan Peserta Mengikut Tahun
|
||||
2016
|
2017
|
2018
|
2019
|
2020
|
||
1
|
Tumpat
|
4
|
2
|
4
|
2
|
2
|
2
|
Bachok
|
4
|
2
|
4
|
2
|
2
|
3
|
Pasir Mas
|
2
|
4
|
2
|
2
|
2
|
4
|
Tanah Merah
|
2
|
2
|
2
|
2
|
2
|
5
|
Pasir Puteh
|
2
|
2
|
2
|
2
|
2
|
6
|
Kota Bharu
|
2
|
2
|
2
|
2
|
2
|
7
|
Kuala Krai
|
2
|
2
|
2
|
2
|
|
8
|
Jeli
|
2
|
2
|
2
|
||
9
|
Gua Musang
|
1
|
2
|
2
|
2
|
|
10
|
Machang
|
1
|
2
|
2
|
2
|
2
|
Jumlah
|
20
|
20
|
20
|
20
|
20
|
1.1. STRATEGI PROGRAM
Bagi menjayakan perancangan ini, beberapa langkah strategik perlu diambil :
i. Penternak lembu kacukan yang sedia ada, terutamanya dari golongan belia dan berpotensiuntuk dibangunkan perlu dilibatkan sebagai pemain utama.
ii. Jajahan Bachok yang kini menjadi peneraju dalam pengeluaran lembu-lembu kacukan yang bermutu dipilih sebagai permulaan, diikuti oleh jajahan Tumpat serta lain-lain jajahan setelah projek ini mula menunjukkan kejayaan.
iii. Pelaksanaan projek dibuat secara konsep pawah dengan setiap peserta yang terpilih menerima 5 ekor induk lembu kacukan sebagai tambahan kepada induk mereka yang sedia ada.
iv. Kerjasama diantara agensi-agensi pertanian perlu diaktifkan bagi membolehkan perancangan guna tanah secara bersepadu dapat dijalankan disamping menggunapakai bahan sisa pertanian secara optimum bagi tujuan pengeluaran makanan ternakan.
v. Menggalakkan amalan tanaman kontang seperti jagung dan sebagainya yang menghasilkan produk sampingan untuk dijadikan sumber makanan ternakan.
vi. Teknologi bio terkini dalam penghasilan makanan yang berkualiti serta mesra alam digunakan dalam meningkatkan efisiensi ladang.
vii. Mewujudkan kerjasama
pelbagai pihak dalam menjayakan projek seperti penternak, petani, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan sebagainya.
viii. Penggunaan sumber makanan
komersial hanya di peringkat minimum dan hanya jika perlu.
ix. Pembiakan 100 peratus
adalah secara permanian beradas.
x. Induk kacukan baka
Charolais-KK dijadikan asas untuk pembiakan.
xi. Amalan perladangan yang
baik (GAHP) dijadikan keutamaan dalam pelaksanaan projek.
Berdasarkan perkembangan semasa populasi
lembu pedaging kacukan di negeri ini, menjelang tahun 2015, kadar induk kacukan
dalam populasi dijangka hanya mencapai tahap 7 peratus sahaja, sedangkan
objektif Pelan Strategik Pembangunan Pedaging Negeri Kelantan meletakkan angka
20 peratus yang perlu dicapai. Diantara punca yang dikesan ialah berlakunya
penjualan induk-induk kacukan keluar negeri disebabkan permintaan yang tinggi. Dengan wujudnya projek ini, kerajaan mempunyai
dana untuk membeli induk-induk berkualiti yang dikeluarkan oleh penternak dan
seterusnya dikembangbiak di dalam negeri ini.
vii. Keperluan Modal Untuk Operasi Pada Skala Komersial
1.0.ANGGARAN KOS
2. LATARBELAKANG PROJEK
Untuk meningkatkan
populasi dan kualiti genetik ternakan ruminan tempatan bagi membolehkan
industri ternakan mencapai dan memenuhi keperluan daging dan susu negara.
(Projek sambungan)
Bagi RMK 10, pihak jabatan merancang untuk melakukan beberapa
penambahbaikan bagi Projek Rusa pawah dimana projek sebelum ini dibawah kod P
26005 : Rancangan Perintis Pemeliharaan
Rusa dan Aneka Haiwan sebanyak RM 200,000 yang mana RM 100,000 digunakan untuk perbelanjaan
Projek Rusa Pawah Negeri Kelantan manakala baki digunakan untuk perbelanjaan
projek asal
( Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa dan Aneka Haiwan) manakala perutukan bagi kod P26006: Rancangan Pembinaan Pusat Perkhidmatan Veterinar dan Promosi Hasil Ternakan sebanyak RM 100,000 diperuntukkan juga untuk Projek Perintis Pawah Rusa .
Bagi RMK 11, Jabatan ingin menyelaraskan peruntukan bagi Rancangan Projek Pawah Rusa diselaraskan dibawah satu kod iaitu dibawah kod P26005 dan digunakan sepenuhnya untuk pembelian ternakan hidup. Penambahbaikan ini bertujuan bagi menambah jumlah dan bilangan penternak untuk menyertai program ini. Melalui penambahbaikan ini penternak penternak yang mempunyai kemudahan kandang dan kawasan tetapi tidak mampu untuk membeli ternakan rusa akan di beri ke utamaan semasa proses pemilihan peserta.
CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (2016 - 2020)
1.PENDAHULUAN
Bagi projek projek anjuran
Jabatan, pengeluaran daripada penternak penternak kecilan yang menjalankan aktiviti untuk saradiri,
walaupun akan diteruskan tetapi akan dikurangkan peringkat demi peringkat.
3.
OBJEKTIF PROJEK
1.1. FAKTOR-FAKTOR YANG
MENGHALANG DAN MASALAH-MASALAH LAIN YANG MUNGKIN DIHADAPI SEMASA PELAKSANAAN
PROJEK
i.
Kekurangan Induk Yang Berkualiti Untuk Pembiakan
Induk lembu kacukan yang berkualiti hasil dari pembiakan secara Permanian beradas |
ii.
Cabaran Untuk Menjadikan
Kelantan Dan Malaysia Bebas Penyakit Kuku Dan Mulut Menjelang Tahun 2016.
Ancaman wabak penyakit kuku dan mulut
boleh merencatkan perkembangan industri penternakan lembu pedaging dan
seterusnya menghambat pencapaian Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan
serta dasar untuk menjadikan negeri ini sebagai Jelapang Makanan Negara.
Bagaimanapun, dengan pelaksanaan program kesihatan secara sistematik serta
langkah-langkah penguatkuasaan kawalan pergerakan ternakan akan membantu
kerajaan untuk mencapai sasaran di atas.
iii.
Tahap Efisiensi Yang Masih Perlu Ditingkatkan
Tahap efisiensi pengurusan pembiakan lembu
pedaging di negeri ini masih boleh ditingkatkan lagi. Peningkatan kadar
kelahiran, pengurangan kadar kematian dan penambahbaikan kadar tumbesaran
adalah diantara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian. Melalui amalan
perladangan yang baik yang diterapkan oleh pihak DVS, produktiviti ladang akan
dapat ditingkatkan.
iv.
Persaingan Guna Tanah
Pertanian
Persaingan guna tanah untuk pelbagai
aktiviti pertanian dan juga pembangunan menjadikan kawasan yang sesuai untuk
penternak semakin terhad. Untuk itu, sistem penternakan ke arah lebih intensif
(secara bridlot) perlu diperkembangkan dengan menggunakan bahan-bahan sampingan
pertanian sebagai sumber makanan untuk lembu-lembu peliharaan.
v.
Peningkatan Kos
Pengeluaran
Penggantungan kepada makanan komersial
yang diamalkan oleh kebanyakan penternak lembu kacukan menyebabkan kos
pengeluaran kian meningkat. Melalui pelaksanaan projek ini, bahan hijau yang
sedia ada dari aktiviti pertanian akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, melalui
penggunaan teknologi bio untuk menghasilkan sumber makanan yang bermutu.
vi.
Sumber Bahan Hijau
Semulajadi Yang Perlu Dioptimumkan
Masih terdapat banyak sumber bahan hijau dari sisa pertanian yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan yang lebih murah dan bermutu yang
belum dioptimumkan sepenuhnya
vii. Keperluan Modal Untuk Operasi Pada Skala Komersial
Modal yang besar bagi memulakan sesuatu
projek ternakan pada skala besar masih menjadi kekangan di kalangan kebanyakan
penternak. Untuk itu, projek ini mampu menggerakkan golongan penternak yang
berpotensi untuk terlibat secara lebih aktif ke
arah pengeluaran secara komersial
di masa akan datang.
2.0.FAEDAH DAN
PERIMUSTAHAKNYA PROJEK
2.1.OBJEKTIF PROJEK
i. Untuk mewujudkan sistem pengeluaran lembu baka kacukan secara terancang menggunakan sumber dalam negeri yang sedia ada.
ii. Untuk menggiatkan pengeluaran induk-induk bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidangusaha pembiakan lembu-lembu kacukan
iii. Untuk melahirkan golongan belia tani yang menjadikan bidangusaha pembiakan lembu kacukan secara ‘bridlot’ sebagai bidangusaha yang menguntungkan bagi meneruskan kelangsungan penternakan ruminan sebagai sumber penting kepada KDNK negeri Kelantan.
2.2.FAEDAH-FAEDAH
PROJEK
i.
Projek ini mampu untuk
menyumbang peningkatan nilai KDNK Negeri Kelantan secara purata sebanyak RM
0.36 juta setahun dalam bentuk pengeluaran daging dan juga baka-baka ternakan
yang bermutu tinggi.
ii.
Dalam tempoh lima tahun,
projek ini mampu untuk membimbing seramai seratus orang penternak, terutamanya
golongan belia tani yang bakal menjadi
pengeluar lembu-lembu kacukan yang berkualiti di negeri Kelantan.
iii.
Dayamaju Projek
Berdasarkan
unjuran aliran fizikal dan tunai, dalam tempoh 15 tahun, dayamaju projek ini
adalah sebagaimana berikut :
Kadar
Pulangan Dalaman – 29%
Kadar
Kos Faedah – 1.13
(Rujuk
kepada Lampiran A – Jadual Aliran Fizikal Dan Tunai Projek)
Secara
purata pulangan bersih bagi setiap ekor induk lembu ialah sebanyak hampir RM 2,300
setahun.
1.0.ANGGARAN KOS
Bil.
|
Perkara
|
Anggaran Peruntukan (RM)
|
|||||
Jumlah
|
2016
|
2017
|
2018
|
2019
|
2020
|
||
1
|
Belian Induk Lembu Kacukan 100 ekor/tahun @
RM5,000.00/ekor
|
2,500,000
|
500,000
|
500,000
|
500,000
|
500,000
|
500,000
|
2
|
Belian Ubat-Ubatan dan Peralatan
|
250,000
|
50,000
|
50,000
|
50,000
|
50,000
|
50,000
|
3
|
Pembangunan Modal Insan
|
15,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
3,000
|
Jumlah
|
2,765,000
|
553,000
|
553,000
|
553,000
|
553,000
|
553,000
|
P26-26003
: RANCANGAN PEMELIHARAN KAMBING / BEBIRI
(Projek Sambungan)
SKOP :
PEMBELIAN INDUK KAMBING DAN BEBIRI DAN
PEMBELIAN PEJANTAN
BAKA KAMBING DAN
BEBIRI, UBAT-UBATAN DAN PERALATAN
1.0.KETERANGAN PROKEK
Program Pemeliharaan Kambing / Bebiri adalah merupakan program sokongan pembangunan ternakan
bertujuan untuk menimgkatkan pengeluaran daging kambing / bebiri secara ekonomik dan bercorak komersil untuk
memenuhi keperluan tempatan dan kemungkinan untuk dieksport.
Sepertimana
dilaksanakan dalam RMK-10 dan sebelumnya, projek ini dilaksaksakan
dibawah ikatan perjanjian pawah dimana penternak-penternak dikehendakki
memulangkan kepada Jabatan anak-anak
yang telah mencapai umur
sekurang-kurangnya 6 bulan mengikut bilangan dan jantina baka induk yang telah
diagihkan.
Projek kambing dibawah skim pawah jabatan |
Penternak-penternak baru yang berminat serta memenuhi kriteria yang
diperlukan akan akan dikenalpasti serta penternak penternak yang berdayamaju
dan memiliki unit ternakan yang melebihi 50 ekor induk pembiak akan
dikategorikan sebagai penternak komersil. Mereka akan terus dibimbing melalui latihan yang berkaitan agar
pemindahan teknologi dapat dilaksanakan untuk kesinambungan teknik pengurusan yang lebih baik.
2. LATARBELAKANG PROJEK
Melalui perlaksanaan program ini,
peserta peserta yang berpotensi akan
memelihara diantara 10 - 50 ekor kambing / bebiri . Kawasan kawasan yang akan diberi tumpuan
ialah kawasan tanah terbiar, dusun, tanaman getah dan kelapa sawit.Penternak penternak yang mempunyai kemudahan kandang dan kawasan tetapi
tidak mampu untuk membeli ternakan kambing / bebiri akan di beri keutamaan di samping . Penternak baru dan sedia ada
dimana mereka ini akan dimajukan dan ditingkatkan ketahap komersil.Kawasan kawasan yang akan ditumpukan ialah disetiap jajahan berdasarkan
kepada kegiatan utama pertanian dan penggunaan tanah semasa dan tabiat
semulajadi ternakan iaitu :
Kambing - di kawasan tanah
terbiar, dusun yang telah matang dan kawasan tanaman selingan.
Bebiri - di ladang getah dan
kelapa sawit yang berumor 2 tahun keatas, kebun kelapa
dan dusun buah-buahan.
Ternakan akan diperolehi melalui penternak dan
pembekal tempatan samada didalam atau
diluar negeri.
Pemeliharaan secara semi-intensif
akan diutamakan. Peserta akan digalakkan menanam pokok petai belalang serta
memberi makanan tambahan seperti silaj, garam jilatan disamping makanan yang
terdapat disekitar kawasan pemeliharaan.
3. MATALAMAT PROJEK
3.1.Meningkatkan pengeluaran daging kambing / bebiri secara ekonomik dan bercorak komersil supaya dapat menampong keperluan tempatan dan untuk
di eksport.
3.2.Mewujudkan peluang memperolehi pendapatan semaada sebagai sumber utama
atau sampingan.
3.3.Memaksimumkan penggunaan tanah
melalui kaedah penternakan secara integrasi dengan tanaman kekal dan
penggunaan tanah terbiar.
4.
FAEDAH DAN PRIMUSTAHAKNYA PROJEK
4.1. Sebanyak 500 ekor
bebiri yang akan diagihkan dalam RMK 11 akan menghasilkan
sebanyak 2100 ekor yang boleh diagihkan dalam tahun berikutnya.
sebanyak 2100 ekor yang boleh diagihkan dalam tahun berikutnya.
4.2. Sebanyak 400 ekor
kambing yang akan diagihkan dalam RMK 11
akan menghasilkan
sebanyak 1500 ekor yang boleh diagihkan dalam tahun berikutnya.
sebanyak 1500 ekor yang boleh diagihkan dalam tahun berikutnya.
4.3. Bilangan
peserta akan bertambah pada tiap-tiap tahun
4.4. Meningkatkan pengeluaran daging kambing dan
bebiri secara ekonomik dan
bercorak
komersil supaya dapat menampung keperluan tempatan dan untuk dieksport dimasa akan
datang.
komersil supaya dapat menampung keperluan tempatan dan untuk dieksport dimasa akan
datang.
4.5.Mewujudkan peluang
memperolehi pendapatan samada sebagai sumber utama atau
sampingan.
sampingan.
4.6.
Memaksimumkan
Penggunaan Tanah
· Penternakan
secara semi instensif yang diintegrasikan
dengan tanaman utama akan terus diberi tumpuan disamping menternak dikawasan tanah terbiar.. Ianya akan
dilaksanakan bercorak komersil supaya boleh dijadikan sumber pendapatan utama. Unit unit pengeluaran yang sistematrik dan ekonomik akan diwujudkan yang berasaskan kegiatan membiak-baik, menambah bilangan
ternakan dan penggemukkan untuk daging.
· Perkhidmatan sokongan untuk membantu dan menggalakkan perkembangan populasi dan perusahaan akan dilaksanakan. Perkhidmatan ini akan
meliputi bidang kesihatan, pembiakkan dan pemilihan baka, pemakanan dan khidmat nasihat.
5 STRATEGI
Menambahkan pengeluaran ternakan
ketahap yang lebih ekonomik berasaskan
aktiviti pembiakbakaan, Penggunaan baka baka ternakan yang sesuai sebagai asas peningkatan populasi ternakan
dengan corak pengurusan yang diamalkan
6.
ANGGARAN KEPERLUAN KOS (2016 -
2020)
Sebanyak RM 1,242,500.00 adalah diperlukan untuk perlaksanan projek ini dibawah RMK-11.
Butiran lanjut sila rujuk kepada Jadual 1.
Pecahan Perbelanjaan adalah seperti berikut:
P26-26004 : RANCANGAN PEMBAKAAN
(Projek Sambungan)
SKOP :
PEMBELIAN BAKA PEJANTAN, PEMBELIAN SEMEN
BEKU, PEMBELIAN PERALATAN
PEMBAKAAN
PERMANIAN BERADAS
1. LATAR BELAKANG
1.1 Populasi ternakan negara didapati semakin
menurun sejak akhir-akhir ini. Statistikpopulasi ternakan yang dicatatkan pada
tahun 2008 hingga 2013 menunjukkan penurunan yang ketara dari tahun ke tahun.
1.2 Selain populasi ternakan yang menurun, kualiti ternakan
juga semakin merosot. Ini dapat dilihat menerusi saiz ternakan yang agak kecil
dan penghasilan berat karkas yang rendah. Oleh itu, pendapatan penternak
terjejas. Menjejaskan pengeluaran daging dan susu negara
1.3
Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan ini
adalah:
a. Ketidakcekapan
penyampaian perkhidmatan pembiakbakaan kepada penternak di lapangan.
b. Kekurangan kemudahan
dan peralatan pembiakbakaan.
c.
Tiada sistem pembiakan yang terancang dari segi
kawalan dan pengawasan --Inbreeding
d. Kefahaman penternak
terhadap kemahiran pengurusan pembiakbakaan ternakan yang rendah.
e. Kurang penerimaan
penternak terhadap aplikasi teknologi pembiakbakaan ternakan.
f.
Sistem pengrekodan dan identifikasi ternakan
yang lemah
1.4
Hasrat negara adalah untuk mencapai kadar sara
diri daging sebanyak 50% menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat tersebut,
negara perlu meningkatkan kuantiti dan kualiti genetik ternakan sedia ada menerusi program-program pembiakan
yang terancang.
1.5
Aplikasi teknologi pembiakan dan pembakaan di
dalam sesuatu program pembiakan ternakan dilihat boleh membantu meningkatkan
kadar kelahiran, kualiti genetik serta prestasi pembiakan ternakan. Ini termasuklah:
i) Program Permanian Beradas
Aplikasi teknologi Pembiakan secara Permanian
Beradas bagi menigkatkan kualiti ternakan
|
i) Program Permanian Beradas
ii) Program Pemeriksaan Kebuntingan
iii) Program Pemeriksaan Fertiliti Betina
iv) Program Pemeriksaan Daya Biak Pejantan
1.6 Projek yang dicadangkan ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
penyampaian
perkhidmatan teknikal pembiakan dan pembakaan kepada para penternak ruminan negeri
ini ke arah meningkatkan bilangan populasi ternakan serta memperbaiki kualiti genetik
ruminan negara.
perkhidmatan teknikal pembiakan dan pembakaan kepada para penternak ruminan negeri
ini ke arah meningkatkan bilangan populasi ternakan serta memperbaiki kualiti genetik
ruminan negara.
1.7 Menerusi projek ini, lebih ramai jurusuntik permanian beradas daripada
kalangan usahawan, penternak dan juga pegawai Jabatan akan dibangunkan bagi
membantu di dalam perluasan penyampaian perkhidmatan permanian beradas kepada
kumpulan sasar. Oleh
itu, program pembangunan kompetensi dan kursus teknikal dengan pelbagai modul
perlu dilaksanakan.
1.8
Selain itu, bagi memperkukuhkan penyampaian
perkhidmatan pembiakan di lapangan, pembangunan infrastuktur dan kemudahan asas
yang berkaitan akan dibuat di seluruh negeri. Antaranya menaiktaraf tempat
penyimpanan semen beku di daerah-daerah serta perolehan bahan dan peralatan
yang berkaitan untuk program pembiakbakaan.
2. PROJEK/ SKOP
PROJEK
2.1.1 Program pembiakan dan pembakaan ternakan
ruminan.
2.1.2 Pengukuhan sistem e-Baka dan pengurusan
maklumat pembiakan ternakan.
2.1.3 Program latihan / kursus teknologi pembiakan
dan pembakaan kepada golongan sasar dan pegawai teknikal Jabatan.
2.1.4
Insentif, inovasi dan promosi bagi
menggalak dan mengembangkan bidang usaha
penternak melalui aplikasi teknologi berkaitan pembiakan dan pembakaan
ternakan.
KOMPONEN PROJEK
2.1.1
Program pembiakan dan pembakaan ternakan
ruminan.
a) Pembangunan dan
menaiktaraf 10 lokasi bilik untuk penyimpanan semen, bahan - bahan dan
peralatan pembiakbakaan di seluruh negeri
b) Perolehan peralatan
pembiakan, ubat-ubatan, hormon dan bahan kimia.
c) Perolehan bahan
genetik ternakan ruminan.
d) Perolehan pejantan
baka. (Skim pinjaman Baka).
e) Perolehan kenderaan
pacuan 4 roda.
2.1.2
Pengukuhan sistem e-Baka dan pengurusan maklumat
pembiakbakaan ternakan.
a)
Menaiktaraf sistem e-Baka.
b)
perolehan perkakasan fotografi dan komputer.
c) Perolehan tag dan
bolus RFID.
d) Promosi e-Baka dan
kempen kesedaran pengurusan rekod
- perolehan peralatan
dan bahan pameran.
2.1.3
Program latihan / kursus teknologi pembiakbakaan
ternakan di dalam dan luar negara kepada golongan sasar dan pegawai teknikal
Jabatan.
a) Kursus permanian
beradas.
b) Kursus pemindahan
embrio.
c) Kursus pemeriksaan
kebuntingan.
d) Kursus pemeriksaan
daya biak pejantan.
e) Kursus pemeriksaan
fertiliti betina.
f) Program perkongsian
kepakaran teknikal dan pemindahan teknologi dengan pusat kecemerlangan
pembiakan di dalam dan luar Negara yang meliputi pakej bayaran kepakaran yang
berkaitan
g) Perolehan peralatan
dan bahan untuk bantuan mengajar.
2.1.4
Insentif, inovasi dan promosi bagi menggalak dan mengembangkan
bidangusaha penternak melalui aplikasi teknologi berkaitan pembiakan dan
pembakaan ternakan
a) Insentif tunai /
geran hadiah untuk pertandingan atau anugerah pembaka unggul dan jurusuntik
permanian beradas
b) Perolehan peralatan
dan bahan pameran, percetakan buku,
risalah dan poster.
3. FAEDAH DAN PERIMUSTAHAKNYA PROJEK
3.1 OBJEKTIF
3.1.1 Objektif Program
Anak lembu kacukan yang berkualiti dihasilkan melalui program pembangunan sumber genetik baka baru |
3.1.2 Objektif Projek
a) Meningkatkan luas
liputan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan permanian beradas kepada menjelang tahun 2020.
b) Meningkatkan kuantiti
dan kualitiperkhidmatan pembiakan dan pembakaan kepada golongan sasar.
c) Meningkatkan populasi
dan kualiti genetik ternakan ruminan melalui penggunaan bahan genetik yang berkualiti dan mencukupi.
d) Meningkatkan
kompetensi teknikal dan menambahkan bilangan tenaga mahir di dalam perkhidmatan
pembiakbakaan di kalangan usahawan, penternak dan kakitangan Jabatan.
e) Memperkukuhkan sistem
e-Baka bagi tujuan pengrekodan dan pengurusan ternakan baka.
3.2 FAEDAH
(kepada penternak)
3.2.1 Meningkatkan
kualiti genetik ternakan ruminan negara melalui aplikasi teknologi
pembiakbakaan dan pemilihan baka.
3.2.2 Menambahkan
populasi ternakan yang produktif.
3.2.3 Menambahkan
pendapatan kepada penternak daripada hasil jualan ternakan yang berkualiti dan
perkhidmatan pembiakan oleh DIY
3.2.4 Meningkatkan bilangan tenaga mahir dalam bidang pembiakan untuk
memberikan perkhidmatan/konsultasi
3.3.2 OUTCOME PROJEK
a) Dengan andaian
kejayaan kebuntingan menerusi perkhidmatan permanian beradas adalah 40%,
sejumlah 30,000 anak ternakan ruminan kacukan akan dilahirkan menerusi program
ini. Dijangka sebanyak 90 ribu metric tonne daging dihasilkan bernilai RM90.0
juta.
b) Kualiti genetik
ternakan ruminan negara akan meningkat melalui peningkatan kadar kelahiran,
berat pasaran dan karkas, penghasilan susu dan nilai pasaran
c) Lebih ramai tenaga
mahir di dalam bidang pembiakan dan pembakaan diwujudkan daripada kalangan
penternak serta kakitangan Jabatan bagi menyampaikan perkhidmatan yang lebih
berkesan dan berkualiti.
d) Luas liputan
perkhidmatan permanian beradas akan meningkat sehingga 15% menjelang tahun
2020.
3.3.3
IMPAK PROGRAM /
PROJEK
a) Populasi ternakan baka
negara meningkat.
b) Kualiti genetik
ternakan negara meningkat.
c) Pengeluaran daging dan
susu negara meningkat.
d) Menambahkan pendapatan
kepada penternak.
3.3.4. JUSTIFIKASI
a) Menambah populasi
ternakan ruminan di dalam negara yang mempunyai potensi genetik yang berkualiti
untuk tujuan pembiakan.
b) Meningkatkan
produktiviti ladang melalui peningkatan kualiti genetik ternakan.
c) Mewujudkan “genetic
pool” yang luas serta berkualiti melalui penggunaan teknologi terkini dalam
bidang pembiakan seperti permanian beradas.
d) Membangunkan sumber
kepakaran dan meningkatkan bilangan tenaga manusia yang mampu memberikan
perkhidmatan berkesan kepada penternak.
e) Memantapkan sistem
penyampaian dan penyimpanan maklumat berkaitan pembiakan supaya maklumat dapat
digunakan untuk penilaian genetik dan perancangan di masa hadapan.
P26-26005 : RANCANGAN PERINTIS PEMELIHARAAN RUSA DAN ANEKA HAIWAN
(Projek sambungan)
SKOP : PENYELENGGARAAN LADANG, PEMBELIAN ANEKA TERNAKAN DAN PEMBANGUNAN PAWAH RUSA
1.0.
LATAR BELAKANG
Rancangan perintis pemeliharaan
rusa pawah adalah merupakan satu program jabatan dalam Industri
pembangunan ternakan bertujuan untuk mengembangkan Industri penternakan rusa di
Negeri Kelantan. Program ini secara tidak langsung mewujudkan jalan alternatif
dalam perolehan sumber protein di Negeri Kelantan.
Arwah YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan membelai rusa sempenah Majlis pelancaran Projek Pawah Rusa -7/04/ 2013 |
( Rancangan Perintis Pemeliharaan Rusa dan Aneka Haiwan) manakala perutukan bagi kod P26006: Rancangan Pembinaan Pusat Perkhidmatan Veterinar dan Promosi Hasil Ternakan sebanyak RM 100,000 diperuntukkan juga untuk Projek Perintis Pawah Rusa .
Bagi RMK 11, Jabatan ingin menyelaraskan peruntukan bagi Rancangan Projek Pawah Rusa diselaraskan dibawah satu kod iaitu dibawah kod P26005 dan digunakan sepenuhnya untuk pembelian ternakan hidup. Penambahbaikan ini bertujuan bagi menambah jumlah dan bilangan penternak untuk menyertai program ini. Melalui penambahbaikan ini penternak penternak yang mempunyai kemudahan kandang dan kawasan tetapi tidak mampu untuk membeli ternakan rusa akan di beri ke utamaan semasa proses pemilihan peserta.
YB EXCO Pertanian memberi makan kepada rusa sempena lawatan kerja ke Ladang rusa Rhong Chenok pada 05/04/2016 |
Projek ini bermula pada tahun 2013 , dengan jumlah peruntukan RM 200,000
yang melibatkan 10 orang peserta daripada 5 jajahan yang berlainan setiap tahun.
Pelaksanaan projek adalah berkonsepkan sistem pawah, dimana peserta
dikehendaki memulangkan semula kepada
Kerajaan seekor rusa muda sama ada betina atau jantan yang sihat dan telah
cukup umur setahun enam bulan bagi setiap ekor induk rusa betina yang diterima.
Rusa muda betina yang dikembalikan ini akan diagihkan untuk tujuan pawah semula
jika sesuai, manakala rusa jantan atau rusa betina yang tidak sesuai untuk
pembiakan akan dijual untuk tujuan sembelihan dan hasilnya akan dimasukkan
sebagai hasil Kerajaan Negeri.
Bagi projek tahun 2013 dan 2014,
kadar kelahiran yang dicatakan adalah melebihi 75 % dengan kadar kematian hanya 3 %.
Pihak Jabatan, bertanggungjawab
untuk menyediakan bekalan baka ternakan, menguruskan pembangunan komponen
projek, memilih peserta, menguruskan rekod dan surat perjanjian dengan peserta
dan membimbing mereka dengan menyediakan khidmat nasihat dan rawatan, disamping
memantau perkembangan projek secara berkala.
2.0.
PROJEK
Projek ini merupakan projek sambungan kepada projek perintis penternakan
Rusa Pawah sediada dimana bagi projek perintis penternakan rusa pawah dibawah
peruntukan P26005 dan P26006 ia
merangkumi peruntukan bagi bekalan infrastruktur ladang (keluasan
kandang 20 x 20 kaki persegi), bangsal teduhan berukuran 8’ x 10 ’, bekas
makanan dan minuman, serta tiang dan pintu yang melibatkan peruntukan sebanyak
Rm 58,100.00.
Bagi RMK 11, pihak jabatan
merancang untuk melakukan beberapa penambahbaikan bagi Projek Rusa pawah dimana
peruntukan di bawah kod P26005 dan P26006 diselaraskan dibawah satu kod iaitu
dibawah kod P26005 dan digunakan sepenuhnya untuk pembelian ternakan hidup.
Projek ini akan melibatkan 15 orang peserta dari 5 jajahan setiap tahun dimana
3 peserta akan diipilih dari setiap jajahan. Projek ini memerlukan satu
perolehan ternakan sebanyak 1 ekor rusa jantan dan 4 ekor rusa betina untuk
setiap peserta yang terpilih Jenis yang dicadangkan
ialah rusa Timor (Cervus timorensis) yang telah terbukti mudah menyesuai
diri dengan persekitaran dan pengurusan ternakan di Malaysia.
Pn. Noor Shalila Ketua Unit Agronomi sedang memberi pellet kepada rusa di ladang Rhong Chenok. |
Pelaksanaan projek adalah
berkonsepkan sistem pawah dan Matching Grant , dimana peserta dikehendaki memulangkan semula kepada Kerajaan seekor
rusa muda sama ada betina atau jantan yang sihat dan telah cukup umur setahun
enam bulan bagi setiap ekor induk rusa betina yang diterima. Rusa muda betina
yang dikembalikan ini akan diagihkan untuk tujuan pawah semula jika sesuai,
manakala rusa jantan atau rusa betina yang tidak sesuai untuk pembiakan akan
dijual untuk tujuan sembelihan dan hasilnya akan dimasukkan sebagai hasil
Kerajaan Negeri. Selain itu melalui
sistem Matching Grant peserta perlu menyumbang sebanyak 30 % manakala Jabatan
70 % daripada kos projek. Sumbangan daripada peserta meliputi penyediaan
kandang dan bekalan infrastruktur bagi penternakan manakala jabatan membekalkan
perolehan ternakan.
Program ini akan mengagihkan ternakan kepada
penternak yang di dapati layak mendapat bantuan ternakan daripada kerajaan.
Kriteria kriteria mereka yang layak akan digariskan dalam syarat kelayakan
jabatan. Penternak diminta
menandatangani satu surat perjanjian dengan kerajaan semasa penerimaan
ternakan.
Surat perjanjian tersebut mengenakan syarat syarat
yang perlu dipatuhi oleh kedua dua pihak.
Penternak hendaklah
memulangkan seekor anak samaada betina (1 tahun 6 bulan) atau jantan (1 tahun 4 bulan) kepada jabatan dan setelah
itu surat perjanjian boleh ditamatkan dan penternak tidak lagi terikat dengan
pihak kerajaan. Anak rusa yang di pulangkan akan dijual/lelong melalui
akaun hasil ataupun akan diberi pawah
semula kepada pemawah yang berkelayakan.
3.0.
FAEDAH DAN PERMUSTAHAKNYA PROJEK
Antara matlamat menyambung semula program ini
adalah dengan tujuan membantu penternak penternak kecil yang berpotensi
mengembangkan perusahaan ternakan. Jabatan mengagihkan ternakan kepada penternak untuk dipelihara sebagai
pinjaman (Kredit Ternakan) dengan cara ini kerajaan telah dapat mengurangkan
kos pengurusan ternakan.
Perkembangan ternakan ini telah dapat dilihat dengan gandaan dan pembiakan ternakan yang telah diagihkan. Kerajaan juga dijangka dapat memungut hasil dari jualan ternakan yang telah dipulangkan oleh penternak. Selain itu, bilangan peserta yang bertambah pada tiap-tiap tahun akan
meningkatkan bilangan penternak rusa seterusnya meningkatkan pengeluaran daging rusa secara ekonomik dan bercorak komersil supaya dapat menampung keperluan tempatan dan untuk dieksport dimasa akan datang. Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan peluang pendapatan samada sebagai sumber utama atau sampingan. Perkhidmatan sokongan untuk membantu dan menggalakkan perkembangan populasi dan perusahaan akan dilaksanakan. Perkhidmatan ini akan meliputi bidang kesihatan, pembiakkan dan pemilihan baka, pemakanan dan khidmat nasihat dan sebagainya.
Projek Printis Pawah rusa DVS Kelantan |
Perkembangan ternakan ini telah dapat dilihat dengan gandaan dan pembiakan ternakan yang telah diagihkan. Kerajaan juga dijangka dapat memungut hasil dari jualan ternakan yang telah dipulangkan oleh penternak. Selain itu, bilangan peserta yang bertambah pada tiap-tiap tahun akan
meningkatkan bilangan penternak rusa seterusnya meningkatkan pengeluaran daging rusa secara ekonomik dan bercorak komersil supaya dapat menampung keperluan tempatan dan untuk dieksport dimasa akan datang. Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan peluang pendapatan samada sebagai sumber utama atau sampingan. Perkhidmatan sokongan untuk membantu dan menggalakkan perkembangan populasi dan perusahaan akan dilaksanakan. Perkhidmatan ini akan meliputi bidang kesihatan, pembiakkan dan pemilihan baka, pemakanan dan khidmat nasihat dan sebagainya.
4.0. ANGGARAN KOS
Sebanyak RM 990,000.00 adalah diperlukan untuk perlaksanan projek ini dibawah RM11.
Pecahan Perbelanjaan adalah seperti berikut:
CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (2016 - 2020)
P26-26007
: RANCANGAN PERKEMBANGAN
PERUSAHAAN PEDAGING
(Projek Sambungan)
SKOP : PEMBELIAN INDUK LEMBU PAWAH DAN PEJANTAN BAKA, PEMBELIAN
UBAT-UBATAN DAN PERALATAN
UBAT-UBATAN DAN PERALATAN
Satu lagi proejek yang dilaksanakan untuk Meningkat kan pendapatan
Penternakan Kecilan ataupun peserta di
luar bidang Penternakan ke dalam bidang usaha
penternakan disamping
meningkatkan pengeluaran daging dalam Negeri dan berpotensi untuk eksport ialah Rancangan
Perkembangan Perusahaan Pedaging.
2. LATARBELAKANG
PROJEK
Rancangan Perkembangan Perusahaan Pedaging merupakan satu projek yang
memberi satu "package" yang lengkap dan menyeluruh untuk meningkatkan
perusahaan pedaging Negeri Kelantan. Ianya
merangkumi bukan sahaja perlaksanaan
aktiviti aktiviti pengeluaran pedaging
anjuran Jabatan tetapi juga secara lansung membantu untuk meningkatkan
pembangunan keatas penternak penternak komersil , ladang swasta dan untuk kemajuan perkembangan industri
pedaging secara keseluruhannya.
Penternak bersama ternakan dibawah projek jabatan |
3.1. Menambah bilangan lembu pembiak
dan meningkatkan penyertaan penternak didalam aktiviti pengeluaran ternakan untuk dipelihara.
3.2.
Meningkatkan jumlah
ternakan untuk disembelih.
3.3.
Memasukkan sumber
geneitik baru kedalam populasi ternakan dengan tujuan meningkatkan daya
peneluaran ternakan tempatan.
3.4.
Mewujudkan aktiviti
tambahan / aktiviti hiliran dan peluang pekerjaan sebagai sumber pendapatan.
3.5.
Populasi lembu
kerbau dalam Negeri Kelantan dapat
dipertingkatkan.
3.6.
Penegluaran daging
dapat dipertingkatkan untuk keperluan
negeri dan lebihan untuk eksport.
3.7.
Melalui projek ini
seramai lebih kurang 3,000 orang
penternak akan mendapat manafaat secara
lansung.
3.8. Projek Ini Juga
akan Menambahkan lagi Pendapatan Penternak dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negeri.
4.
FAEDAH DAN PERIMUSTAHAKNYA PROJEK
Didalam perancangan Dasar Pertanian Negara
Ketiga (DPN3) Malaysia akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran daging yang
halal dan diterima di arena antarabangsa (International Halal Food Hub).
Seiring dengan dasar yang telah ditetapkan
oleh kerajaan Negeri Kelantan sebagai jelapang pengeluaran makanan bidang
pertanian amnya dan ternakan khususnya akan diperkembangkan ketahap yang lebih
baik demi menjamin keperluan daging yang mencukupi serta meningkatkan taraf
sosio ekonomi rakyat.
Projek integrasi tanaman kekal dengan ternakan
di Gua Musang dan Kemahang belum mampu menampung pengeluaran daging lembu.
Projek ini hanya dapat mengeluarkan lembu untuk di sembelih sebanyak 700 – 800
ekor setahun.
Hasil dari jualan ternakan yang telah dipulangkan oleh penternak.
Program ini akan mengagihkan ternakan kepada
penternak yang di dapati layak mendapat bantuan ternakan daripada kerajaan.
Kriteria kriteria mereka yang layak akan digariskan dalam syarat kelayakan jabatan.
Ternakan betina yang matang diberikan kepada penternak untuk dipelihara. Penternak diminta menandatangani satu surat
perjanjian dengan kerajaan semasa penerimaan ternakan.
Surat perjanjian tersebut mengenakan syarat
syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua dua pihak. Penternak hendaklah memulangkan seekor anak
samaada betina atau jantan yang berumur 1 tahun kepada jabatan dan setelah itu
surat perjanjian boleh ditamatkan dan penternak tidak lagi terikat dengan pihak
kerajaan. Anak lembu yang di pulangkan
akan dijual/lelong oleh kerajaan dan dimasukkan kedalam akaun hasil.
Perlaksanaan projek ini
akan mengalami sedikit pengubahsuaian seperti berikut :
§ Semua anak betina atau jantan kepunyaan
kerajaan akan dilelong oleh kerajaan bagi mendapatkan hasil.
§ Pawah semula tidak akan dilaksanakan kecuali
dalam kes kes yang tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan