Rabu, 20 Disember 2017

MAJLIS PENERANGAN PENJENAMAAN NAIMbif



Pada 09 November 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penerangan (Roadshow) NAIMbif bertempat di ladang Bridlot Abang Leh,Kg.Aman,Kandis Bachok. Majlis penerangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan ketua Jajahan Bachok, manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan di wakili oleh Timbalan Pengarah, serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. 
Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi,diiringi oleh pegawai jabatan 
kepentas utama Majlis penerangan NAIMbif

Objektif utama majlis ini adalah memberi penerangan kepada penternak dan masyarakat setempat mengenai Plan Pembangunan lembu jenama Kelantan NAIMbif.

Seramai 350 orang penternak dari jajahan Bachok hadir dalam majlis ini yang turut sama dihadiri pemimpin masyarakat setempat.Pada majlis ini seramai 10 orang penternak bridlot diberi sijil penyertaan Skim NAIMbif.


Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah juga dibawa melawat beberapa buah model ladang lembu NAIMbif yang dipelihara secara bridlot di Kg.Aman.




Ketibaan Tuan Ketua Jajahan Bachok disambut oleh pegawai      Tetamu lain yang hadir YB. Hj.Aziz bin Kadir, YB.ADUN 
                 jabatan di Majlis penerangan NAIMbif                                            Perupok Pengarah Jabatan Pertanian Negeri                                         




Tiada ulasan:

Catat Ulasan