Rabu, 4 Januari 2017

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR KUALA KRAI


Pada 02 Jan 2017 Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob turun padang melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kuala Krai . Seramai 112 orang mangsa banjir dari 33 buah keluarga di jajahan K Krai telah ditempatkan di Pejabat PPVJ Kuala Krai.

YAB Menteri Besar  Dato Ahmad Yakob bersama YB Ustaz Latif dan  Tn.Hj Che Daud   meninjau cuaca dipersekitaran Pusat Pemindahan banjir di Pejabat Veterinar Kuala Krai dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.


LAWATAN DATO' SERI SHAHIDAN KASIM KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KUALA KRAI


Pada 03 Jan 2017 YB Dato' Seri Shahidan Kasim,Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan bagi meninjau mangsa yang dipindahkan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kuala Krai.Dalam program lawatan ini beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk menaik taraf pusat pemindahan banjir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kuala Krai.Taklimat pengurusan mangsa banjir kepada YB Dato' Seri Shahidan Kasim disampaikan oleh Tuan Hj.Che Daud bin Abdullah Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kuala Krai.



YBDato' Seri Shahidan Kasim menandatangani buku pelawat dan meninjau persekitaran pusat pemindhan banjir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kuala Krai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan