Isnin, 23 Januari 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR STAF BAHAGIAN INDUSTRI


Majlis sambutan hari lahir 3 orang kakitangan Bahagian Industri Ternakan ,En.Zaimi bin Mohd Daud,YM Tengku Mohd Hafizol bin Tengku Kasafi dan En.Hazami bin Hasan telah diadakan pada 22 Jan 2017. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan  kehadiran Dr.Suratan bin Kamarudin Pengarah DVS Kelantan bersama pegawai kanan jabatan. Acara memotong kek dan jamuan ringan diadakan pada majlis ini. Majlis sebegini telah menjadi amalan dikalangan warga DVS bagi menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.


Dr.Suratan sedang memerhatikan En.Zaimi memotong kek dan En.Hazami menyerahkan potongan kek hari jadi
 kepada Ybrs. Pengarah sebagai tanda terima kasih diatas kesudian hadir dalam majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan