Pada 26 Julai 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Sidang Penternak Bersama Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan bertempat di Ladang Bridlot Mohd Ruslan bin Muhamad Nor, Kg. Padang Luas, Tumpat,Kelantan.
Seramai 120 orang penternak dari jajahan tumpat hadir dalam majlis ini. Perbincangan dua hala diantara pegawai jabatan dan penternak diadakan dalam aspek pemakanan dan kesihatan ternakan.
Majlis ini dihadiri oleh Dr. Suratan bin Kamarudin Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. Pada majlis ini juga Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi menyampaikan sumbangan sebuah mesin perincih kepada Mohd Ruslan bin Muhamad Nor untuk proses penyediaan silaj.
YB Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut |
YB Dato' Haji Che Abdullah melakukan demostrasi merincih batang jagung |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan