Isnin, 21 Ogos 2017

SIDANG PENTERNAK JAJAHAN GUA MUSANG



Pada 20 Ogos 2017 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Sidang Penternak Bersama Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan teknologi Hijau Negeri Kelantan bertempat Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil Ciku,Gua Musang.

Objektif utama sidang penternak kali ini adalah bagi merapat hubungan antara kerajaan dengan masyarakat penternak di Jajahan Gua Musang.Perbincangan dua hala dijalankan dengan ramah mesra dalam aspek penternakan ruminan secara integrasi dengan tanaman kekal.

Seramai 320 orang penternak dari jajahan Gua Musang hadir dalam majlis ini yang turut sama dihadiri pemimpin masyarakat setempat. Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah juga dibawa melawat beberapa buah ladang lembu yang dipelihara secara integrasi di Felda Ciku 3 dan Kesedar Paloh 2.

Majlis ini dihadiri oleh Dr. Suratan bin Kamarudin Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan jabatan yang lain. Pada majlis ini juga Yang Berhormat Dato' Haji Che Abdullah bin Haji Mat Nawi menyampaikan seutuas tali kepada penternak muda sebagai simbolik perhubungan kerajaan dan penternak sebagaimana pepatah melayu `manusia dipegang pada janji lembu dipegang pada tali'



YB Dato' Haji Che Abdullah menyampai tali kepada En.Asmawi dari Kesedar Renok Baru



YB Dato' Haji Che Abdullah  melawat projek lembu integrasi di Felda Ciku 3

YB Dato' Haji Che Abdullah menyampaikan sumbangan ubatan kepada En.Hisham Kesedar Paloh 2.